Ramai Tak Tahu, Port Dickson Ada Lokasi Snorkeling Seperti Di Pantai Timur Dan Sabah

snoRamai yang tidak tahu bahawa di Port Dickson juga mempunyai lokasi untuk aktiviti air seperti snorkeling dan selam skuba seperti di kebanyakan kawasan Pantai Timur dan Sabah.

Kebanyakan mereka yang datang bercuti ke Port Dickson hanya tahu sekadar untuk melepaskan peluang bersiar-siar di persisiran pantai dan bermain air sahaja. Namun, sebenarnya ada lebih daripada itu yang ditawarkan di kawasan yang lebih dikenali sebagai Tanjung oleh penduduk tempatan.

Port Dickson kini bersih apabila lebih 20 jenis karang hidup subur selepas aktiviti pemuliharaan secara intensif dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) sejak tahun 2013.

Terdapat 46 spesies terumbu karang direkodkan di kawasan Port Dickson yang mana sebahagiannya terdapat jenis terumbu yang banyak ditemui di pulau negeri pantai timur dan Sabah.

Terumbu karang di sini banyak terdapat di kawasan Monkey Bay dan Lagun Biru, Tanjung Tuan sehingga hotel lima bintang, Lexis Hibiscus, Pasir Panjang, meliputi jarak sepanjang kira-kira 4.2 kilometer.

Snorkeling Port Dickson

Lagi menarik aktiviti di sini, pengunjung tidak perlu memiliki peralatan snorkeling atau menyelam skuba untuk melihat terumbu karang, memandangkan ia tumbuh tidak jauh dari permukaan air di pesisiran pantai berkenaan.

Snorkeling Port Dickson
Sumber: Bernama

Untuk melakukan aktiviti snorkeling di sini, pengunjung boleh datang sendiri atau melalui pakej yang ditawarkan hotel penginapan. Kawasan yang menjadi tumpuan untuk aktiviti air di sini ialah di Monkey Bay dan kawasan di sekitar Blue Lagoon ketika air pasang kecil (air jernih waktu itu).

Snorkeling Port Dickson

Bukan sahaja tarikannya pada pelbagai jenis terumbu karang, malah kawasan di sini juga meriah dengan pelbagai hidupan marin seperti ikan GT (gerepoh), kerapu pisang atau sonoh (coral trout), selar dan yu sirip hitam.

Maka, peminat aktiviti snorkeling dan selam skuba di sekitar Lembah Klang tidak perlu pergi jauh untuk menghayati hidupan laut, Port Dickson pun dah cukup!

Sumber: Bernama