Tahukah anda sudip berwarna hitam berbahaya untuk kesihatan?
Seringkali kita lihat, sudip berwarna hitam menjadi pilihan ramai pengguna kerana harganya yang murah dan kelihatan cantik.
Akan tetapi tanpa sedar, penggunaan sudip hitam ini sebenarnya memudaratkan kesihatan penggunanya kerana diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA) yang dikitar semula.
Seorang pakar kimia, Dr Fatimah Salim menjelaskan perkakasan memasak berkenaan juga dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti papan kekunci, komputer dan sebagainya.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3175475819153302&set=gm.3852701634763956&type=3&theater&ifg=1
Kata beliau, kajian menunjukkan terdaatnya potensi risiko bahan-bahan kimia tersebut bocor ke dalam makanan yang dimasak selain penebat api berbromun jika dipanaskan pada suhu melebihi 70 darjah celcius.
Jika sudip tersebut melakukan interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi, risiko berkenaan juga tinggi untuk berlaku.
Mahu pengguna mengelakkan penggunaan plastik jenis tersebut pada suhu yang mendidih, Fatimah memberi saranan agar pengguna bertukar kepada senduk yang diperbuat daripada besi, keluli tahan karat, kayu , buluh, kaca atau seramik kerana lebih selamat.

Jika dahulu peniaga menggunakan bahan kimia berbahaya iaitu plumbum dalam mendapatkan rupa fizikal yang berkilat, penggunaan tersebut telah diharamkan sejak 1972 dalam produk yang melibatkan makanan.
Turut menyarakan agar melakukan pembelian dengan peniaga yang boleh dipercayai menggunakan bahan-bahan yang tidak berbahaya dalam pembuatan, Fatimah turut menjelaskan risiko menggunakan senduk kayu jenis berkilat.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3177677605599790&set=gm.3855154721185314&type=3&theater&ifg=1