Penginapan 4 Bintang Di Langkawi Tawar Bilik RM1,350 Dengan Harga RM120 Semalam

Bagi menggalakkan semula sektor pelancongan domestik, beberapa pemain industri mengambil langkah drastik dengan menawarkan pakej penginapan 4 bintang dengan harga yang jauh lebih rendah daripada sepatutnya.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula dilaksanakan bermula 10 Jun lalu, sektor pelancongan domestik kembali dibuka secara perlahan-lahan dengan langkah pematuhan kepada prosedur operasi standard.

BACA: Selain Pulau Pinang, Kedah Juga Ada ‘Port’ Bergambar Seperti Di Bali

Tanjung Rhu Resort, sebuah penginapan 4 bintang di Langkawi telah menawarkan pelbagai pakej penginapan menarik termasuklah menawarkan bilik yang berharga RM1,350 dengan harga cuma RM120 semalam kepada penduduk negeri Kedah.

Tawaran khas penginapan kepada penduduk negeri Kedah oleh resort yang diuruskan Aaariana Hospitality International ini mendapat sambutan tinggi sejak dibuka untuk tempahan mulai minggu pertama Aidilfitri.

Penginapan 4 Bintang Di Langkawi Tawar Bilik RM1,350 Dengan Harga RM120 Semalam

Harga asal bilik yang termasuk dengan pakej sarapan, minuman selamat datang serta pengangkutan ulang alik dari lapangan terbang ke hotel ini ditawarkan dalam nilai mampu bayar tanpa pakej tambahan tersebut menyebabkan kadar penghunian di sana meningkat antara 70% hingga 80% malah pernah mencapai 100% pada hujung minggu.

Melihatkan kepada sambutan yang menggalakkan itu,Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Reginald T Pereira berkata tawaran itu kini dilanjutkan dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia selaras dengan kadar harga RM280 termasuk pakej sarapan sehingga 31 Ogos ini.