Unik Tapi Menggiurkan, Menu Aiskrim Petai Buat Peminat Ulam Ini Teruja

Unik tapi menggiurkan!

Berita baik untuk peminat ulam jenis petai, ulam kegemaran anda kini boleh didapati dalam bentuk aiskrim!

Pastinya menu aiskrim petai buatkan para peminatnya tak senang duduk. Bayangkan ulam yang sering dinikmati bersama nasi panas kini hadir dalam menu sejuk iaitu aiskrim.

Unik Tapi Menggiurkan, Menu Aiskrim Petai Buat Peminat Ulam Ini Teruja
Sumber: Bukan Aku

Boleh didapati di tiga cawangan di kawasan Klang Valley, menu ini merupakan kombinasi aiskrim vanila bersama hirisan petai segar.

Dengan harga RM10.90 untuk satu scoop, menu aiskrim petai ini mendatangkan rasa teruja dalam kalangan peminantnya kerana julung-julung kali menu ini disediakan.

https://www.facebook.com/frozenartisans/photos/a.319331758608061/771104873430745/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAyqACMcUc2t7CJk9b-rxiiKbYaLmKZnsjSH5sOM0YygzgiRXCzUj-vh_C7zJsp7YZbf0H87rMVege-CXW2YCIE5SKu6dtn6_T-67IfhNKanLAg-5StzvC2MbPairTfYChxcQIBlXT-SmYkO5XAaFk_zPGC7rPUMUIzObYKlzvmd2PEPaoVxuqYRoFVGtt9wDLn2x4-O6kNFsiaixPTtyYGxQbdrX6goKRVdqo5ZG3fzTl_kp2cLWpeH0_XGcHaQ4794BYUAOECxb2ggcaR1ralFOclGWJSPBvo3MPgy0hF_GhRbtdvMLv1Sw-HpzZmtVs7yHM7FqUyFF–5hJB5D8&__tn__=-R

Sebelum ini, menu unik tapi menggiurkan selalu didatangkan dalam bentuk penyejuk tekak adalah daripada jenis buah-buah seperti durian dan bukannya dalam bentuk ulaman.

Kalau anda tak berminat dengan menu ini, apa kata anda cuba buat aiskrim homemade kegemaran anda seperti aiskrim milo, aiskrim ala magnum dan aiskrim lejen Blue Dynamite.

Cerita mengenai aiskrim, tahukah anda salah seorang mendiang jutawan Malaysia asalnya cuma sebagai penjual aiskrim di atas basikal?

Meninggal dunia pada usia 79 tahun, kehidupan mendiang Lee Shin Cheng memang perlu semua orang contohi.

Dikenali sebagai seorang yang bervisi, Lee pernah menjual aiskrim dengan menggunakan basikal pada umur 11 tahun dan berhenti sekolah disebabkan mahu membantu menyara keluarganya sebelum kembali meneruskan pelajaran empat tahun kemudian.

Baca kisah penuh beliau di sini: Transformasi Lee Shin Cheng, Daripada Penjual Aiskrim Atas Basikal Kepada Jutawan Malaysia