Pulau Pinang Kecualikan Caj Penginapan Hotel Selama 6 Bulan Bermula Julai Ini

Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk mengecualikan caj penginapan di hotel selama 6 bulan bermula 1 Julai ini dalam usaha untuk merangsang industri perhotelan yang bergelut untuk pulih susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan bagi menyekat penularan wabak COVID-19.

Di Pulau Pinang, penginapan hotel 4 dan 5 bintang dikenakan bayaran RM3 semalaman untuk setiap bilik, manakala RM2 untuk bilik di hotel 3 bintang dan lebih rendah. Caj RM2 juga dikenakan untuk doom, hotel bajet, asrama dan rumah tamu. Bayaran itu dikutip sejak 2014.

“Selain pengecualian cukai pelacongan di peringkat pusat, kami berharap ini akan membantu usaha pemulihan industri pelancongan kita dalam beberapa bulan akan datang,” kata pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Yeah Soon Hin dalam satu kenyataan.

Cukai pelancongan dikecualikan sepenuhnya mulai Julai ini sehingga 30 Jun 2021 sebagai antara langkah mengaktifkan semula kegiatan industri pelancongan negara, merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Data rasmi menunjukkan sebanyak RM19.7 juta caj hotel dikutip dari 2014 hingga September 2016.

Cukai Hotel Pulau Pinang Tangguh

Terdahulu, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Pulau Pinang meminta kerajaan negeri mempertimbangkan pengecualian caj hotel kepada pengunjung atas sebab industri pelancongan mengalami penurunan drastik.

Di Pulau Pinang sahaja, dua hotel terpaksa ditutup berikutan sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan pada pertengahan Mac lepas.

Ini termasuklah hotel bertarap empat bintang, Holiday Inn Resort di Batu Ferringhi yang turut menamatkan perkhidmatan 200 pekerjanya.

BACA: Hotel 40 Tahun Antara Antara Yang ‘Tumpas’ Sepanjang Pandemik COVID-19 Melanda

Dengan pelaksanaan pengecualian cukai hotel ini bersama pengecualian cukai pelancongan, lagi bertambah jimatlah jika anda ingin melancong ke Pulau Pinang.

Sumber: FMT