Sering membuat kemunculan dalam filem-filem Hollywood, restoran fast-food Taco Bell kini dikatakan bakal membuka cawangan pertamanya di Malaysia.
BACA: Pasar Vietnam Pertama Di Malaysia Akan Dibuka Mac Ini
Terletak di Tropicana Gardens Mall, restoran ini boleh dicapai dengan menggunakan MRT Surian.
Masih lagi tiada tarikh rasmi pembukaannya, Taco Bell merupakan jenama di bawah Yum! Brands yang juga merupakan pemilik kepada KFC dan Pizzahut.

Menurut laporan, sejak dari tahun lalu, Taco Bell sudah mengintai peluang meluaskan pasaran di Asia Pasifik. Sudah memasuki Singapura, jenama berkenaan kemudiannya keluar dari negara tersebut pada tahun 2009.
Pada Disember tahun lalu pula, Taco Bell dilaporkan mengintai peluang pasaran di Asia Tenggara dengan perancangan pembukaan operasi di Malaysia dan Indonesia selain Myanmar, Vietnam dan Laos.
Setakat ini, tujuh cawangan Taco Bell dilaporkan sudah dibuka di Filiipina dan enam cawangan di Thailand.
Kenapa rakyat Amerika Syarikat menyukai jenama Taco Bell?
Di Amerika Syarikat sahaja, sudah lebih 7,000 cawangan dibuka sejak jenama berkenaan diperkenalkan dalam pasaran iaitu pada 1962.
Selain daripada Taco Bell, restoran fast-food Five Guys juga dilaporkan akan membuka cawangan mereka di Malaysia pada hujung tahun ini.
Malaysia dijangka menjadi negara keempat di Asia selepas Hong Kong menjadi cawangan Asia pertama, Beijing (kedua) dan Singapura (ketiga) yang menawarkan perkhidmatan restoran ini.
Sumber: Malay Mail