Sunway Tawar Diskaun 70% Dalam Pakej Pelancongan ‘Ke Sana Ke Sini’

Dalam usaha merangsang semula pelancongan domestik, Sunway tawar diskaun pakej pelancongan sehingga 70% dalam kempen ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway‘ yang akan dilancarkan pada 6 Julai ini.

BACA: Ini Cara Jimat Masuk Night Of Fright 6 Di Sunway Lagoon

Kempen yang bertepatan dengan pembukaan semula Taman Tema Sunway Lagoon kepada orang ramai bermula 4 Julai ini merupakan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang bekerjasama membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Promosi 11.11 Sunway Hotel 2

Pakej yang Sunway tawar adalah merangkumi penginapan dua malam di Hotel Sunway Pyramid, tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak serta baucar tunai Sunway Pyramid bernilai RM200 boleh boleh dibeli dengan harga cuma RM499 berbanding harga asalnya, RM1,599 bermula 6 hingga 20 Julai bagi tempoh kunjungan bermula 7 Julai hingga 31 Oktober ini.

Sebagai langkah keselamatan melindungi pekerja, pelawat dan masyarakat, Sunway memberi jaminan keutamaan daripada segi kebersihan dan keselamatan selain daripada melaksanakan langkah-langkah ketat mengikut protokol yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Majlis Keselamatan Negara.

Sunway Lagoon tersenarai sebagai taman tema air keempat paling banyak dikunjungi di Asia Pasifik dan berada di kedudukan ke-13 di dunia. Pada tahun 2018, Sunway Lagoon merekodkan jumlah kunjungan yang berjaya  mengatasi jumlah pengunjung bagi dua taman tema popular di Korea Selatan iaitu Ocean World(1.264 juta pengunjung) serta Caribbean Bay(1.2 juta pengunjung) dengan jumlah pengunjung seramai 1.3 juta orang.

Sumber: Berita Harian