Menara Kuala Lumpur Tawar Tiket Percuma Ke Pelantar Pemandangan Sehingga 31 Julai Ini

Menara Kuala Lumpur Tawar Tiket Percuma Ke Pelantar Pemandangan.

Pembukaan semula kawasan tumpuan pelancongan amat dinanti-nantikan orang ramai dengan mengharapkan adanya pelbagai tawaran menarik seperti diskaun, baucar dan sebagainya.

Khabar gembira ini pasti membuatkan kaki jalan suka kerana Menara Kuala Lumpur (KL Tower) mengadakan kempen ‘WE ARE FREE! – Masuk Percuma!’ sepanjang bulan Julai ini sempena pembukaan semula kepada para pengunjung.

Tiket masuk PERCUMA Menara Kuala Lumpur ini adalah untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) yang mana harga asal adalah RM30.

Kempen ini diwar-warkan oleh pihak Menara Kuala Lumpur menerusi semua platform media sosial mereka.

Tempoh Kempen:

Promosi tiket percuma ‘WE ARE FREE! – Masuk Percuma!’ ini bermula dari 1 hingga 31 Julai 2020.

Pelancaran kempen ini secara langsung di Facebook Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official) pada 4 Julai 2020 jam 11.30 pagi.

Menara Kuala Lumpur Percuma
Sumber: Twitter

Terma dan Syarat:

1) Promosi ditawarkan kepada semua dan sah bermula dari tarikh PKP berakhir hingga 31 Julai 2020 untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara Kuala Lumpur.

2) Lawatan ke Menara Kuala Lumpur tertakluk kepada “Siapa Cepat Dia Dapat” dan kapasiti menara.

3) Semua pelawat perlulah mengikut SOP KKM dan norma sosial tempatan ketika berada di Menara Kuala Lumpur.

4) Semua pelawat ditawarkan POTONGAN tiket 50% sekiranya melawat ke Sky Deck, sah sehingga tawaran berakhir.

5) Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah terma dan syarat sekiranya perlu tanpa notis.

Bukan selalu kita lihat promosi begini bukan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengajak keluarga dan rakan-rakan ke Menara Kuala Lumpur sambil menikmati panorama indah seluruh ibu kota tercinta Malaysia!

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web rasmi www.menarakl.com.my untuk maklumat lanjut. Sila ajukan sebarang pertanyaan melalui nombor telefon 03-2020 5499 atau di media sosial rasmi Menara Kuala Lumpur sama ada di FB, Instagram dan Twitter.

Sumber: Menara KL