A’Famosa Water Theme Park Tawar Promosi Tiket
Kita tahu terdapat pelbagai tempat menarik di Melaka dan tidak putus-putus dikunjungi mahupun dari luar atau dalam negeri.
Memandangkan taman tema di seluruh Malaysia sudah boleh beroperasi semula, banyak taman tema berlumba-lumba menawarkan promosi untuk menarik kembali pengunjung datang ke tempat mereka.
Tidak terkecuali, taman tema air popular di Melaka iaitu A’Famosa Water Theme Park sedang menawarkan promosi bermula 1 Julai hingga 21 Julai 2020. Promosi ini menawarkan harga tiket masuk sebanyak RM28 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak.
Ia menjadi identiti Alor Gajah bak kata penduduk Melaka, ‘bila bercakap tentang Alor gajah, teringat akan A’Famosa Water Theme Park‘.
A’Famosa Water Theme Park berukuran 20 ekar dan ia terletak di dalam A’Famosa Resort. Jika bertolak dari Kuala Lumpur ia akan mengambil masa sejam sahaja. Berkonsepkan kekeluargaan, jadi anda digalakkan membawa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bermain bersama.
Ia merupakan satu-satunya taman tema air yang berada di bahagian selatan Malaysia,ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu taman tema air, taman tema Safari dan taman tema berkonsepkan Cowboy.
Terdapat sebanyak 12 tarikan yang unik dan berbeza seperti Tornado chaser, Kamikaze Race, 1 Big Wave Pool dan Adventure Island. Paling menarik, vuvuzela yang dikatakan tertinggi, terpanjang, dan terluas di Asia Tenggara dengan ketinggian 20.8 meter, panjang diameter paling lebar 18.3 meter dan panjang keseluruhan adalah 108 meter.
Menariknya tentang promosi kali ini, harganya tetap tidak kira anda datang pada hari biasa (Isnin-Khamis) atau hujung minggu (Jumaat-Ahad) sehingga 31 Disember 2020!
Selain promosi di atas, A’Famosa Resort turut menawarkan beberapa lagi aktiviti seperti:
- Penginapan di Condo D’Savoy Stay serendah RM89
- Penginapan di A’Famosa Villa serendah RM499
- Tiket masuk ke A’Famosa Safari Wonderland bermula RM31
- Aktiviti golf hanya RM88
Menarik? Apa tunggu lagi, segera buat tempahan anda sekarang di pautan ini.
Alamat: A’FAMOSA RESORT, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Sumber: A’Famosa Resort