Sesuai Untuk Minum Petang, Ini Resipi Roti Puri Paling Mudah

Roti puri memang sedap. Tambah lagi bila dimakan bersama kari atau pun sambal sardin. Nak buat dia memang mudah sahaja. Hanya guna beberapa bahan.

Bahan-bahan:

*2 cawan tepung gandum
*3 sudu besar minyak masak
*1 sudu besar gula
*1 sudu besar yis
*1 sudu teh garam
*1/2 cawan air panas

Cara penyediaan:

  1. Campurkan tepung, minyak, gula, yis dan garam dalam bekas. Gaulkan sebati sampai adunan seperti berderai.
  2. Masukkan air sikit-sikit sambil uli sampailah doh dah nampak macam tak melekat.
  3. Bulatkan lebih kurang saiz bola ping pong dan biarkan doh rehat skeitar 15 minit.
  4. Leperkan doh guna penggelek atau cawan sampai nipis. **Letak sedikit tepung atas permukaan penggelek untuk elak doh melekat dan susun atas dulang yang sudah dibubuh tepung.
  5. Panaskan minyak sampai betul-betul panas. Kuantiti minyak dalam kuali kena banyak. Goreng sekeping- sekeping, siram-siram permukaan roti masa menggoreng.
  6. Terbalikkan roti untuk pastikan masak penuh. Bila nampak agak kekuningan, angkat dan toskan.
Sesuai Untuk Minum Petang, Ini Resipi Roti Puri Paling Mudah 1
Sumber: Illuminasi

Siap untuk dihidang. Makan cicah dengan sambal pedas atau sambal sardin memang terasa sungguh kesedapannya.