Ramai yang tak tahu, nak buat apam balik sebenarnya senang sahaja. Tak perlu beratur di pasar malam, jom cuba hasilkan sendiri apam balik crunchy dari dapur anda.
Bahan-bahan:
*2 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula
*1/2 sudu kecil soda bikarbonat
*1 sudu kecil pewarna kuning
*1 biji telur
*1 1/2 cawan air
*1/2 camca kecil baking powder
*1 cawan kacang tanah
*1 tin jagung
*1 cawan gula
*Mentega
Cara penyediaan:
- Kisar kacang tanah sampai hancur.
- Masukkan gula bersama telur, kacau hingga kembang.
- Masukkan soda bikarbonat, air, baking powder dan pewarna kuning dan kacau sebati.
- Masukkan tepung sambil tu tangan jangan lupa kacau adunan suapaya adunan tak berketul.
- Panaskan kuali, letak sedikit mentega.
- Ambil satu senduk adunan dan ratakan di permukaan kuali.
- Adunan jangan terlalu tebal. Tutup kuali menggunakan penutup peiuk sekejap.
- Akhir sekali, tabur kacang tanah yang sudah dimesin tadi bersama jagung, gula dan mentega.
- Lipatkan apam dan angkat bila sudah masak.

Selamat mencuba. Mudah bukan?