Air Mata Kucing Tersenarai Sebagai Minuman Ke-6 Tersedap Di Dunia

Air mata kucing tersenarai sebagai minuman ke-6 tersedap di dunia.

Air mata kucing merupakan minuman yang diperbuat daripada buah mata kucing. Memang popular di Malaysia, resipi air mata kucing ini banyaknya dipopularkan oleh kaum Cina dan banyak dijual di kedai-kedai ubat dan herba Cina.

Sumber: Penang Food

Tahukah anda, air mata kucing disenaraikan sebagai minuman ke-6 tersedap di dunia oleh CNN?

Turut dikenali sebagai buah longan, buah mata kucing sangat digemari kerana kandungan anti-oksidannya sangat tinggi.

BACA: Pasangan Ini Pilih Segelas Cendol Sebagai Mas Kahwin

Selain air mata kucing tersenarai, antara minuman yang sering dijumpai di Malaysia yang turut tersenarai ialah cendol dan air kelapa muda yang dikatakan dari negara jiran Indonesia yang mana masing-masing berada di kedudukan ke-45 dan ke-19.

Manakala air (global) berada di kedudukan pertama tersenarai sebagai satu keperluan yang sangat berguna untuk semua makhluk bumi.