5 tempat wajib lawat bila ke Sandakan, Sabah.
Bila sebut tentang Sabah, pasti ramai yang akan terbayang permandangan alam yang indah dan keistimewaan negeri di bawah bayu tersebut.
Daripada laut hinggalah ke kawasan hutan simpan, semuanya memang menyejukkan mata. Sebab itulah Sabah antara tempat wajib untuk dilawati sama ada daripada kalangan rakyat Malaysia sendiri mahu pun luar negara.
Daripada perkongsian daripada Kimi Jamai ini, kau orang boleh tengok apa yang menariknya di Sandakan, Sabah ini.
5 Tempat Wajib Lawat – Sandakan, Sabah
1. SANTUARI ORANG UTAN SEPILOK
Istilah Sepilok memang selalu terkenal di sana. Ini adalah tempat penjagaan orang utan. Orang utan di tempat perlindungan ini akan dijaga rapi tetapi masih diberi kebebasan untuk hidup di dalam hutan. Pengunjung akan diberi peluang untuk berinteraksi dengan orang utan sama ada secara dekat atau pun jauh disebalik penghadang. Tiket masuk hanya RM5 untuk DEWASA dan RM2 untuk KANAK-KANAK.
2. BORNEAN SUN BEAR CONSERVATION CENTRE (BSBCC)
Kalau tadi tempat perlindungan orang utan, ini pula tempat perlindungan beruang madu. Tempat ini terletak di sebelah Santuari Orang Utan Sepilok sahaja. Bornean Sun Bear Conservation Centre adalah pusat konservasi spesis terancam beruang madu dan dipertanggungjawab untuk memastikan kelansungan spesis ini di Sandakan.
3. SANDAKAN WAR MEMORIAL PARK
Sandakan juga antara tempat yang terkesan teruk dengan penjajahan Jepun satu masa dahulu. Di Sandakan War Memorial Park inilah adanya tinggalan-tinggalan sejarah di Sabah seperti senjata, mesin, kenderaan dan juga binaan-binaan yang digunakan tentera Jepun dahulu. Kawasan memorial park ini agak besar dan pastinya penat kalau berjalan kaki nanti.
4. RUMAH AGNES NEWTON KEITH
Rumah yang pernah didiami oleh Agnes Newton dan suaminya Harry Keith, kini telah menjadi sebuah muzium bagi mengingati jasa Agnes Newton yang pernah memperkenalkan Sabah dalam karya penulisan beliau, “Land Below The Wind”, “White Man Returns” dan “Beloved Exiles”. Bayaran masuk adalah RM2.
5. SANDAKAN RAINFOREST DISCOVERY CENTRE
Rainforest centre ini adalah kawasan hutan simpan Kabili-Sepilok. Di sini kau orang boleh lepak-lepak dalam hutan dan bersiar-siar untuk tengok hutan simpan ini dari atas. Kawasan ini juga adalah lokasi utama birdwatching di Sandakan. Tiket masuk RM7 untuk DEWASA dan RM3 untuk KANAK-KANAK.
Jadi rasanya lepas ini kalau ke Sandakan, Sabah tak adalah tertanya-tanya nak pergi mana selain pulau kan?