‘Forest Skywalk’, Tarikan Baharu FRIM Ini Bakal Dibuka Kepada Pengunjung Pada 31 Ogos

Tarikan baharu FRIM, Forest Skywalk.

Tenang dan mendamaikan. Itu yang dapat digambarkan ketika berpeluang bermalam di kawasan mengelilingi kawasan hutan tanpa gangguan dan kebisingan kota walaupun kawasan itu sebenarnya terletak di pinggir Kuala Lumpur.

Boleh dikatakan hampir segenap lapisan warga kota mengetahui kewujudan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) atau dikenali sebagai Taman Botani Kepong. Destinasi damai ini sering dikunjungi pengunjung tetap pada setiap hari atau minggu.

Taman Botani Kepong ini terletak kira-kira 16 kilometer dari ibu, meliputi kawasan seluas 1,528 hektar memberi peluang kepada semua yang ingin mengalami suasana berjalan dal hutan hujan tropika.

Jika sebelum ini FRIM terkenal dengan titian kanopi yang mana jambatan gantung dalam hutan itu telah pun ditutup buat selamanya kepada pengunjung atas faktor-faktor tertentu.

Kini, FRIM kembali dengan tarikan baharu ekopelancongan di situ iaitu Forest Skywalk yang juga dikenali Jejantas Rimba.

Menerusi pengumuman di laman Facebook FRIM, Forest Skywalk akan dibuka kepada orang ramai mulai 31 Ogos ini. Jejantas ini berukuran 18-50 m tinggi dan 250 m panjang. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’.

“Apabila berada di atas jejantas, pengunjung dapat menikmati pemandangan indah Taman Botani Kepong, hutan FRIM yang merupakan hutan buatan manusia, sekitar kawasan Kepong serta Kuala Lumpur.”

Forest Skywalk FRIM

Forest Skywalk FRIM

Di atas menara peninjauan 50 meter pula, pengunjung dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 kilometer serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia.

Forest Skywalk FRIM

Forest Skywalk FRIM

Forest Skywalk FRIM

Selain tarikan Forest Skywalk ini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di hutan FRIM ini seperti berkelah, berjoging dan berbasikal. Bagaimanapun, buat masa ini kawasan kampus utama FRIM ditutup sehingga akhir tahun.

Berikut merupakan butiran lanjut termasuk waktu operasi Forest Skywalk:

Isnin-Ahad: 8.30 pagi–4.30 petang
Jumaat : 8.30 pagi–12.15 petang; 2.45–4.30 petang
Kemasukan terakhir: sejam sebelum penutupan

FRIM Forest Skywalk

Manakala waktu operasi Taman Botani Kepong akan bermula jam 7.30 pagi sehingga 7.00 petang dengan kemasukan terakhir pada jam 6.00 petang.

Sumber: FRIM

BACA: Titian Kanopi Terpanjang Di Dunia Ada Di Kedah