Antara menu restoran makan segera popular di Malaysia, KFC yang menjadi igauan orang ramai ialah Loaded Potato Bowl mereka.
KFC Loaded Potato Bowl terdiri daripada kentang putar, jagung, ayam goreng tanpa tulang KFC dan sos cheezy wedges. Kuantitinya pula berbeza mengikut cawangan KFC.
Disebabkan menu ini merupakan menu bermusim, pelanggan setia KFC pastilah kempunan hidangan ini sehinggalah ia muncul kembali.
Jadi, untuk menghilangkan kempunan penggemar menu loaded potato bowl ini, lebih baik buat sendiri di rumah.
Ini resipi loaded potato bowl ala KFC yang pasti menghilangkan kempunan anda.
Bahan-bahan:
Sos keju
Mayonis
Jagung manis (jagung dalam tin)
Bahan ayam goreng crispy:
Potongan dada ayam
Tepung serbaguna
Serbuk lada hitam
Bahan kentang putar:
Kiub stok ayam
Kentang saiz sederhana (4-5 biji)
*Susu segar (2/3 cawan)
*Unsalted butter (2 sudu besar)
Cara membuatnya:
1. Rebus kentang dan masukkn setengah kiub stok ayam dan 2 sudu teh garam.
2. Lenyekkan kentang sehingga hancur dan masukkn bahan bertanda (*). Pastikan bahan bertanda (*) perlu dimasukkan semasa kentang tengah panas untuk mudah disebatikan.
3. Salut ayam yang sudah disalut tepung serbaguna dan goreng sehingga rangup.
4. Letakkan kentang putar yang telah siap tadi dalam mangkuk dan ayam goreng crispy di atasnya.
5. Limpahkan sos keju dan mayonis ke atas ayam tadi. Taburkan jagung manis untuk menaikkan selera.

Bukan sahaja mudah tetapi apabila buat sendiri dapat jimatkan kos serta anda boleh makan banyak mana anda suka!
Selamat mencuba!
Sumber: Rotitoz Kitchen
Antara resipi berkaitan KFC:
BACA: Resipi Tortila Twister Wrap Sedap Ala KFC