‘Rakyat Malaysia Pemurah’, Di Sebalik Kisah Mak Cik Maznah Tular Sampai Berjaya Kumpul RM70k Dalam 24 Jam

Kecoh di media sosial baru-baru ni berkenaan dengan seorang wanita tular yang dikenali sebagai Mak CIk Maznah telah meminta sedekah di kawasan pasar raya Batu Caves, Selangor.

Kisah yang ditularkan oleh seorang pengguna Twitter yang mesra dipanggil Awanis ini mendapat perhatian luas sehinggakan nombor akaun yang dikongsikan bersama berjaya mengumpul dana lebih RM70,000.

‘Rakyat Malaysia Pemurah’, BTS Kisah Mak Cik Maznah Tular Sampai Berjaya Kumpul RM70k Dalam Tempoh 24 Jam 2

Dalam perkongsian tersebut, wanita yang dikenali sebagai Mak Cik Maznah dikatakan terpaksa meminta sedekah kerana suaminya baru sahaja hilang sumber pendapatan kerana tidak larat bekerja.

Manakala kerana ekonomi keluarga yang tidak stabil menyebabkan anaknya yang berusia 15 tahun terpaksa berhenti sekolah.

Kemudiannya, ada antara netizen yang membongkar kononnya Mak Cik Maznah ini adalah scammer dan tidak perlu dibantu dengan pernyataan bahawa beliau kononnya tinggal di hotel dan dihantar anaknya untuk meminta sedekah.

Cakna dengan kerisauan netizen, seorang lelaki yang aktif dalam badan kebajikan NGO, Cikgu Mohd Fadli Salleh bersama Awanis telah turun padang bertemu empat mata sendiri dengan Mak Cik Maznah bagi mendapatkan kebenaran.

‘Rakyat Malaysia Pemurah’, BTS Kisah Mak Cik Maznah Tular Sampai Berjaya Kumpul RM70k Dalam Tempoh 24 Jam 1
Kredit: Mohd Fadli Salleh

Menurut CIkgu Fadli, Mak Cik Maznah memang susah sejak 2014 apabila suaminya berhenti bekerja sebagai tukang masak.

Disebabkan tiada kerja, maka tiadalah pendapatan yang boleh digunakan untuk membayar sewa rumah. Mereka dihalau dan kemudiannya menyewa bilik yang berkongsi bilik air.

Sejak dari itu juga anaknya yang pada ketika itu baru darjah tiga berhenti sekolah. Katanya susah untuk sekolah apabila selalu pindah randah. Mereka terpaksa makan di kedai setiap hari sebab di bilik tak dibenarkan untuk memasak.

Suaminya juga kerja on off – kadang-kadang ada masalah kesihatan, dan kadang-kadang tak sesuai dengan caranya bekerja sebagai tukang masak.

Pada tahun 2015-2016, Mak Cik Maznah ada mohon Baitulmal tapi disebabkan tak nak jadi golongan asnaf dan bergantung pada zakat orang ramai, beliau mula minta sedekah. Pernah juga minta zakat segera dari Zakat Selangor sebanyak dua kali dan keduanya diluluskan serta merta dengan bayaran setiap kali adalah RM100.

Walaupun ada kad OKU disebabkan buta mata kanan, Mak Cik Maznah tak mohon bantuan tetap bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

‘Rakyat Malaysia Pemurah’, BTS Kisah Mak Cik Maznah Tular Sampai Berjaya Kumpul RM70k Dalam Tempoh 24 Jam
Kredit: Mohd Fadli Salleh

Selepas tular, Mak Cik Maznah berjaya kumpul lebih RM70,000 dan lebih kurang RM4,500 derma yang dikumpul menerusi Awanis – tetapi dengan persetujuan bersama, duit tersebut akan didermakan kepada pusat zakat.

BACA: Mempunyai Fesyen Tersendiri, Cik B Dedah OOTD  Berharga RM118,000

Cikgu Fadli menjelaskan, dalam pertemuan tersebut, beliau ada menasihati Mak Cik Maznah perlu mencari apa-apa kerja yang boleh beliau lakukan untuk menambah pendapatan dan tak boleh terus mengharapkan duit sedekah daripada orang ramai.

Malah cikgu Fadli turut menasihati sekiranya berjumpa dengan kes begini:

  • bantu segera dengan sekadar kemampuan
  • jangan dedahkan maklumat terutamanya nombor telefon, nombor akaun dan nombor akaun kepada umum
  • dapatkan info penuh mereka dan hubungi JKM, Pusat Zakat atau NGO terdekat untuk bantuan

Walaupun anda tahu rakyat Malaysia pemurah selepas tularnya kisah Mak Cik Maznah ini, janganlah pula anda ambil kesempatan dengan mereka-reka cerita sedih demi kepentingan sendiri.

Buatlah bisnes kecil-kecilan ke macam jadi agen jual pes oden dan perapan ayam madu ke. Untuk mencuba, anda bolehlah KLIK DI SINI.

PES ODEN SEDAP

Whats-App-Image-2020-10-11-at-4-00-26-PM-1

PES PERAPAN AYAM MADU

Whats-App-Image-2020-10-11-at-4-00-26-PM