Nak Elak Guna Santan? Ini 5 Bahan Yang Boleh Digantikan Dalam Masakan

Ini 5 Bahan Yang Boleh Gantikan Santan Dalam Masakan.

Santan kelapa adalah satu bahan masakan yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia sejak dari dahulu lagi.

Masakan seperti rendang dan lemang yang popular semasa sambutan hari raya menggunakan santan dalam penyediaannya.

Kebanyakan penduduk di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik adalah pengguna santan dalam masakan harian mereka.

Namun ada juga yang memilih untuk tidak menggunakan santan atas sebab-sebab tertentu. Tapi tidak bermaknan anda terus hilang rasa nikmat sajian yang menggunakan santan.

Bagi menggantikan santan kelapa segar, ada juga boleh memilih untuk menggunakan santan kotak atau santan serbuk segera yang kurang kolesterol.

BACA: 3 Tips Memasak Santan Agar Tidak Pecah Minyak.

Tapi, bagaimana apabila memerlukan santan secara tiba-tiba namun anda kehabisan stok?

Jangan risau, anda boleh gantikan saja santan dengan 5 jenis bahan ini – tak kiralah sama ada untuk masak lauk pauk, kuih muih dan juga minuman.

1. YOGURT

5 Bahan Ganti Santan

Untuk menghasilkan masakan seakan bersantan yang enak, anda juga boleh menggunakan yogurt asli.

Selain menyedapkan masakan, hidangan yang dihasilkan juga lebih sihat dan rendah kalori. Namun tekstur yogurt sedikit kental dan berketul.

Untuk menjadikan kuah lebih cantic, masukkan yogurt ke dalam pengisar dan tambah sedikit kuah masakan. Kisar seketika dan barulah dituang ke dalam masakan.

2. SUSU CAIR DAN SUSU PEKAT MANIS

5 Bahan Ganti Santan

Susu isian sejat (susu cair) atau susu pekat manis adalah antara bahan yang mudah diperolehi. Biasanya, ramai yang menggunakan susu cair sebagai pengganti santan kerana rasanya yang sedikit tawar dan berlemak.

Namun jika tiada susu cair, anda juga boleh menggunakan susu pekat manis. Untuk 1 cawan santan, ia boleh digantikan dengan 1 cawan susu cair atau 3/4 cawan susu pekat manis.

Namun anda perlu menyesuaikan rasa kerana susu pekat manis mempunyai rasa yang lebih kompleks dan lebih berperisa. Kedua-dua ini sesuai digunakan untuk menghasilkan manisan atau ditambah ke dalam masakan nasi tumis.

3. COOKING CREAM

5 Bahan Ganti Santan

Anda juga boleh menggunakan cooking cream (krim masakan) dalam hidangan bersantan anda. Biasanya bahan-bahan ini digunakan untuk membuat sos sajian barat seperti pasta.

Tapi, boleh saja gunakan sebagai bahan ganti kepada santan untuk masakan kita. Rasanya tetap enak dan sangat mudah digunakan.

4. SERBUK KRIMER

5 Bahan Ganti Santan

Lazimnya krimer digunakan sebagai campuran dalam minuman. Namun, anda juga boleh gunakannya sebagai pengganti santan dalam masakan.

Caranya ialah dengan bancuh 5 sudu makan krimer dengan 1 cawan air. Ubah suai kepekatan bergantung pada masakan anda. Memang mudah dan sedap. Sesuai digunakan dalam masakan kari, kurma, rendang dan tomyam.

5. KRIM RENDAH LEMAK DAN SUSU

5 Bahan Ganti Santan

Selain bahan-bahan di atas, anda juga boleh menggunakan krim dan susu. Caranya ialah untuk sukatan 1 cawan santan, anda guna 1/2 cawan krim rendah lemak dan campurkan dengan 1/2 cawan susu.

Kacau rata dan kisar seketika supaya sebati. Siap dan boleh digunakan. Namun campuran krim dan susu ini hanya memberikan rasa berkrim sahaja. Sesuai digunakan untuk buat manisan.

Apa pun, menggunakan santan dalam masakan lebih sedap namun jika anda tiada pilihan boleh gantikan dengan bahan-bahan yang disenaraikan tadi. Tiada masalah pun.

Selamat mencuba!

Sumber: Detik