Sejak dari minggu lepas, nama pendakwah muda hasil sebuah program realiti agama, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed mendapat perhatian meluas apabila terlibat dengan kontroversi berhubung salah laku seks.
27 November lalu, Da’i Syed ditahan reman selama lima hari bersabit dengan laporan polis yang dibuat mangsa di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam. Namun belum lagi berakhir hukuman reman tersebut, satu lagi laporan polis dibuat terhadap beliau.
Kes terbaharu melibatkan mangsa, seorang wanita berusia 22 tahun tampil membuat laporan polis di Balai Polis Damansara mendakwa dicabul dan dipaksa melakukan perbuatan oral pada 17 Oktober lalu sekitar jam satu pagi sehingga menyebabkan mangsa trauma dan terpaksa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menggunakan modus operandi mengajak mangsa pulang ke rumahnya di Damansara Perdana untuk mengajar ilmu dalam bidang pemasaran perniagaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata setakat ini pihak polis menerima dua laporan membabitkan cabul dan rogol oleh individu berkenaan.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, setakat ini sudah enam laporan polis diterima – lima di daerah Shah Alam dan satu di Petaling Jaya menggesa orang ramai yang pernah menjadi mangsa beliau tampil membuat laporan polis.
Siasatan bakal dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 354 (mencabul), Seksyen 377C (seks luar) dan Seksyen 323 (mendatangkan kecederaan).
Da’i Syed buat laporan polis
Selepas daripada kecoh insiden spill the tea melibatkan beliau, Da’i Syed pada 24 November lalu telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya bagi membersihkan namanya dan melindungi dirinya daripada tuduhan tidak berasas tersebut.
Salam . Maaf, 🙏🏻 tiada komen apa-apa dari saya. pic.twitter.com/6ApjMltbkD
— Dai syed (@DaiSyed_) November 24, 2020
Surat terbuka bapa Da’i Syed
Berhubung dengan kontroversi yang sedang melanda anaknya, bapa kepada pendakwah berusia 25 tahun ini pada hari sama (24 November) telah memuat naik satu hantaran yang meminta mereka yang mengaku sebagai mangsa membuat laporan polis untuk perkara ini disiasat.
Malah beliau memberi jaminan bahawa beliau sama sekali tidak akan menyebelahi dan mempertahankan anaknya sekiranya memang benar beliau melakukan kesalahan tersebut.
Assalamualaikum wbt..
Firman Allah ” Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai Fitnah/cobaan…Posted by Seif Jamalullail on Tuesday, 24 November 2020