
Tahukah anda bahawa anda dapat menginap dan berehat di sebuah treehouse yang sebenar di Cameron Highlands? Bunyi macam menarik bukan? Bagi mereka yang inginkan short getaway atau mereka yang memang perlukan bantuan alam semula jadi untuk rehatkan minda, inilah tempat penginapan yang sesuai untuk anda!
Tersembunyi di Brinchang, Cameron Highlands, Terra’s Treehouse merupakan rumah pokok yang dibina oleh Orang Asli sendiri dan ia mempunyai ciri rumah yang dibina dengan semua bahan semula jadi seperti buluh dan nipah (atap).
Untuk sampai ke Terra’s Treehouse anda perlu menaiki 4 wheel drive yang disediakan dan kemudiannya mendaki lagi 400 meter untuk sampai ke tempat penginapan impian anda. Walaupun kedengaran mencabar, udara segar serta pemandangan hijau yang superb akan menjadi ganjaran yang tidak dapat dilupakan. Jadi, anda jangan bawa beg besar- besar pula.
Terdapat 6 jenis treehouse yang boleh anda pilih dan setiap rumah berjarak 100m dari satu sama lain. Setiap rumah pokok dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah sebuah katil, kamar mandi yang bersih dan selesa, dan pemanas air. Anda juga disarankan untuk membawa kelengkapan mandi dan tuala sendiri. Elektrik pula hanya terhad dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
Tetamu juga akan dihidangkan dengan makanan pagi dan tengah hari di Community Hall (CH). Mereka menyediakan makanan sihat dan organik di mana bahan – bahan masakannya semua didapati fresh dari ladang milik Terra’s Treehouse ini.
Jika anda ingin menerokai hutan di sekitar treehouse ini, jangan lupa bawa botol air kerana air sungai atau mata air di sini sangat bersih, jernih dan boleh diminum begitu sahaja.
Seperkara lagi, mustahil lah kalau tidur di hutan tanpa kehadiran kawan – kawan karib kita iaitu nyamuk! Jangan risau, pihak penginapan menggunakan khidmat pengasapan menggunakan arang dan vanila sekali seminggu untuk menghalau nyamuk dan memberikan anda tidur yang lebih lena.
Apa tunggu lagi? Rehatkan minda dan jiwa anda di Terra’s Treehouse, Cameron Highlands!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga, caj dan tempahan, layari laman web berikut: http://www.terrafarm.com.my/2013/02/tree-house.html