
Tempat pelancongan baru sahaja diperkenalkan pada awal bulan Jun tahun ini dan ia terletak di pinggir Gunung Ba Na, Vietnam. Tempat ini dikenali sebagai ‘Jambatan Emas’ yang seakan-akan dipegang oleh sepasang tangan gergasi yang mengahadap ke langit.
Jambatan ini terletak 1,400 meter atas paras laut di kawasan terpencil Thien thai Garden. Jambatan Emas ini juga mempunyai kepanjangan sepanjang 150 meter. Dalam ketinggian ini, jambatan ini kelihatan seperti jalur sutera yang berada dalam awan-awan Da Nang.
Selain itu, jambatan ini juga menjadi perhatian kerana dipenuhi dengan pokok bunga lobelia Chrysanthemums yang menghiasi sepanjang jambatan ini. Warna ungu yang terang daripada bunga ini memberi kombinasi yang sangat sesuai dengan ciptaan sepasang tangan gergasi yang mempunyai warna kesan cuaca untuk mencipta ilusi yang objek ini sudah berumur dan antik.
Katanya, Jambatan Emas ini menelan pelaburan sebanyak $2 billion untuk menarik lagi banyak pelancong di seluruh dunia agar datang melawat kawasan ini. Pasti para pelancong yang sudah berniat untuk datang ke Vietnam akan memasukkan tempat ini dalam jadual perjalanan mereka dan pelaburan ini akan membuahkan hasil. Setakat ini sudah seramai 1.5 juta pelancong sudah mengunjungi Gunung Ba Na semata-mata untuk mengunjungi tarikan baharu ini.
Tidak lupa juga kepada selfie-lovers yang sepatutnya meletakkan tempat ini sebagai tempat tumpuan mereka sekiranya melancong di Vietnam. Pemandangan yang indah serta dihiasi penuh dengan bunga-bunga yang cantik pasti sesuai untuk para mereka yang berhajat untuk post gambar mereka di laman Instagram.