Menderma Di Starbucks Bersama Neelofa

Anda suka minum di Starbucks? Anda meminati Neelofa? Anda seorang yang dermawan? Jangan lepaskan peluang anda untuk ke Starbucks di Four Seasons Hotel, Jalan Ampang esok hari kerana anda berpeluang menikmati minuman yang disediakan oleh Neelofa sendiri.

Hanya perlu order salah satu air kegemaran Neelofa iaitu The Apricot, Peach Yoghurt Frapuccino atau The Ruby Grape Frapuccino dan RM0.50 dari harga pembelian anda akan disalurkan kepada badan kebajikan yang akan dipilih Neelofa nanti.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu janji dengan Neelofa esok hari pada pukul 3 petang. Bila lagi nak tengok Neelofa bertugas sebagai barista di dapur berpakaian apron hijau dan menghidangkan air kegemarannya kepada anda bukan?

Kempen ini adalah kerjasama ujung kali Neelofa bersama rantai kedai kopi popular ini dan dinamakan sebagai kempen ‘MY Cups of Kindness‘. Peminat- peminat Neelofa dan pengemar minuman Starbucks jangan lupa untuk menyokong kempen ini ya.

Sumber:  The Malay Mail