Percutian Privasi Di TAd Marine

Selalunya bila kita bercerita mengenai destinasi percutian di pulau, pasti pulau-pulau di Pantai Timur yang menjadi bualan seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang dan lain lain. Apa kata kali ini kita beralih angin ke pulau yang terletak di selatan Semenanjung, Johor pula.

TAd Marine ini terletak di Pulau Tinggi dan hanya perlu lebih kurang 15 minit menaiki bot ke sana dari Jeti Tanjung Leman, Johor. Ini sangat menguntungkan untuk pelancong yang sering terkena sea motion sickness kerana durasi ke resort hanya sekejap sahaja. Di dalam perjalanan ke resort ini, anda juga boleh melihat sea palace, tempat istirehat Sultan Johor yang sangat cantik di tengah tengah laut.

Mungkin atas faktor pulau-pulau di Johor ini kurang terkenal, percutian anda ke sini akan lebih menarik kerana ketiadaan ramai pelancong dan persisiran pantai mereka yang masih bersih dan terjaga. Ia boleh membuatkan anda rasa seperti percutian mewah yang penuh privasi.

Pakej yang ditawarkan oleh TAd Marine merangkumi bilik yang semuanya berhawa dingin, makan dan minum 3x sehari, trip snorkeling dan juga trip jungle tracking. Lain-lain aktiviti juga ada disediakan seperti berkayak, trip memancing yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Harga pakej boleh didapati di sini.

Setelah merasai sendiri percutian di sini, kami dapati ia sangat sesuai untuk pelancong-pelancong yang ingin berbulan madu atau bersama anak kecil yang suka untuk chill di bilik dan di kawasan resort tanpa perlu pergi ke tempat lain kerana di TAd Marine, ia mempunyai kolam renang yang besar, jakuzi, gym, bilik karaoke dan kawasan untuk bermain bola tampar, kemudahan internet juga ada namun ia bergantung kepada keadaan cuaca di sini. Pendek kata, semuanya lengkap di sini. Tempat makannya juga menghadap laut, dapatlah anda minum kopi sambil melayan deruan angin.

Hasil perbualan dan pemerhatian bersama pengurus di TAd Marine, katanya musim tengkujuh tahun ini dijangka akan tiba lebih awal dari tahun sebelum ini, jadi apa lagi? dah boleh plan percutian anda untuk tahun ini di sini sebelum terlewat. Bagi pemegang kad Aeon, anda boleh nikmati 5% diskaun semasa membuat tempahan, tawaran ini sah sehingga 30 Oktober 2018 sahaja. Jangan kata kami tak warn anda awal awal ya.