
Bayangkan Coca Cola tanpa warna hitamnya, namun masih punyai rasa yang sama. Mungkin agak pelik bukan? Tapi tidak mustahil jika ianya dihasilkan oleh orang Jepun. Kini kita rakyat Malaysia boleh menikmatinya di Family Mart.
Diperkenalkan di Jepun pada bulan Jun lepas dengan harga 140 Yen (RM5.10) untuk 500ml, produk ini telah dibawa ke Singapura pada Julai. Selepas menunggu selama sebulan, akhirnya ia dibawa masuk ke Malaysia melalui Family Mart.
https://www.facebook.com/FamilyMartMY/videos/1824531150964909/
Dikhabarkan Coca Cola Clear tidak mempunyai kalori. Sesuai untuk mereka yang ingin merasanya tapi tak mahu kehilangan diet. Apa tunggu lagi? Jom serbu Family Mart.