Khas Untuk Penggemar Cheese, Roti Naan Cheese Meleleh

Trend makan makanan bersama cheese masih menjadi hit sehingga sekarang. Makan apa – apa pun jika ditabur cheese sudah pasti menaikkan selera anda. Kini, Restoran Di Naina yang terletak di Gunung Rapat, Perak telah menjadi tempat tumpuan ramai untuk menikmati roti naan cheese yang meleleh!

Restoran ini merupakan kedai mamak yang menghidangkan pelbagai hidangan mamak seperti kedai – kedai mamak yang lain. Tapi yang istimewa nya, mereka ada roti naan cheese yang menjadi hidangan utama bagi mana – mana pelanggan yang mengunjungi restoran tersebut.
Lihat pada gambar sahaja dah tahu betapa pekat dan cheesy nya keju yang terdapat pada roti naan ini. Tak cukup kejunya sekadar di dalam roti, malah dituangkan lagi keju di atas roti tersebut. Anda takkan jumpa lah roti naan yang sebegitu banyak keju seperti ini ditempat lain.

Dengan harga hanya RM7, roti naan cheese ini lebih sedap apabila anda gabungkannya dengan secawan teh tarik atau teh O. Bagi mereka yang cepat muak dengan cheese, lebih baik anda pesan satu dan kongsi ramai – ramai. Nanti tidak habis pula.

Restoran Di Naina dibuka 24 jam sehari, jadi anda tak perlu risau kalau anda tiba – tiba mengidam roti cheese naan pada malam – malam buta. Jom ramai – ramai serbu roti naan cheese yang semakin diminati ramai ini!

Alamat: Gunung Rapat 37, Jalan Sri Ampang 1, Taman Sri Ampang, Gunung Rapat, Perak, 31350

Tel: 05-311 2270

Featured image credit: Cheow Woan Chi, Jiuan Ng, Nicole Lui Luii, Masda Mahmud