
Dengan adanya kemudahan untuk livestream masa kini, pelbagai rancangan telah berjaya dihasilkan oleh para netizen. Tidak terlepas juga bagi beberapa orang sahabat ini.
Di Hong Kong, Joe dan sahabatnya telah melakukan livestream dengan cabaran memakan 90 biji McNugget dalam tempoh 90 minit. Joe dicabar oleh rakannya dan sebagai ganjaran sekiranya dia berjaya menghabiskan kesemua McNugget, dia berpeluang menerima hadiah wang tunai sebanyak HK$20,000 (RM10,470).
Namun, cabaran ini tidak semudah yang disangka. Sekiranya Joe tidak berjaya menghabiskan McNugget yang diberi, dia akan dikenakan denda HK$100 (RM52) untuk setiap biji yang tidak berjaya dihabiskan.
Ternyata perut Joe tidak sebesar yang disangka, dia hanya berjaya menghabiskan sebanyak 54 biji McNugget dan dikenakan denda sebanyak HK$3,600 (RM1,885). Yang menariknya, dia telah mendermakan semua jumlah wang denda yang dikenakan kepada rumah kebajikan Ronald McDonald.
Sehingga ke hari ini, video mereka telah ditonton lebih daripada 333,000 kali di Facebook.
https://www.facebook.com/dennis.chan.754570/videos/10156595479351064/?t=0
Kami masih tidak dapat kenalpasti bagaimana cabaran ini bermula. Dikhabarkan, francais makanan daripada Amerika itu mengadakan promosi McNugget sebanyak 9 biji dengan harga HK$10 (RM5.20). Mungkin disebabkan harganya yang murah menjadikan mereka ingin lakukan cabaran tersebut.
Cuba dia buat cabaran dengan Nasi Lemak McDonald’s, barulah mencabar, kan?
Sumber: Coconuts