
Cerita McNugget memang tengah hype sekarang. Hari ni kisah McNugget lagi.
Jarang-jarang sekali kita dengar tawaran bucket daripada McDonald’s. Kebiasaannya francais KFC yang rajin mempromosikannya. Tapi itu di negara kita, Malaysia. Tidak untuk promosi ini di Jepun.
McDonald’s Jepun bakal memperkenalkan bucket McNugget sebanyak 48 biji di dalamnya bermula Disember ini. Menariknya, promosi ini hanya dijalankan di wilayah Niigata sahaja.
Kenapa di Niigata? Kerana promosi ini dijalankan bersama dengan kumpulan gadis J-Pop, NGT48. Setiap pembelian bucket ini, pelanggan berpeluang untuk menerima trading card beserta gambar-gambar gadis daripada kumpulan NGT48. Terdapat sejumlah 25 kad yang boleh dikumpulkan.
Siapakah NGT48?
NGT48 merupakan kumpulan gadis idol Jepun dan merupakan kumpulan keempat daripada francais AKB48 di Jepun. Kebiasaannya francais idol AKB48 akan mengumpulkan seramai 48 orang di dalam satu kumpulan dan menjadikan mereka artis di bawah label rekod mereka.
Jadi, sekiranya anda betul-betul kenal dan minat dengan NGT48 ini, bolehlah melancong ke Niigata, Jepun untuk kumpulkan trading card mereka. Cuma rugilah sebab McNugget di Jepun masih tidak ditanggung halal.
Sumber: Joyscribe