
Menteri Sumber Manusia, YB M. Kulasegaran telah berkongsi bahawa hidangan seringkas kari ayam telah menjadi tiket kepada keluarganya keluar daripada kancah kemiskinan ketika masih tinggal di kawasan ladang.
Beliau yang dibesarkan di Sitiawan, Perak menyatakan bahawa kari ayam sangat dekat dengan keluarganya di mana ketika itu bapanya merupakan seorang pendatang dan penoreh getah.
Ketika kecil, seorang pengurus ladang Orang Putih telah lalu di rumahnya dan terhidu bau hidangan kari ayam yang disediakan oleh ibunya. Lalu pengurus tersebut tertarik dengan keharuman kari ayam yang ada di rumahnya.
Bapanya telah menjamu pengurusnya dengan kari ayam dan sepanjang perbualan ketika makan, bapanya telah menanyakan tentang kawasan tanah lapang yang tiada orang guna kepada pengurus tersebut.
Pengurus tersebut telah bersetuju untuk membenarkan bapanya menggunakan tanah lapang yang dinyatakan. Tambahan beliau, itu merupakan harapan terbaik keluarganya kerana mereka boleh memulakan aktiviti agrikultur ke atas tanah tersebut.
Berterima kasih ke atas tanaman yang berjaya dibangunkan, hasil daripadanya menjadikan keluarga beliau antara keluarga yang awal keluar daripada ladang.
Kulasegaran yang merupakan anak kedua daripada lapan adik beradik turut berkongsi kehidupannya ketika berada di ladang. Ketika beliau muda, tiada masa untuk bermain. Apabila kedua ibu bapanya ternampak mereka, akan disuruh mereka untuk melakukan pelbagai kerja.
Di waktu pagi, mereka akan menjaga lembu dan kambing. Sebelum atau selepas itu, bapanya akan membawa pulang surat khabar daripada pekan dan mereka akan disuruh menjual surat khabar di kawasan sekeliling.
Apabila pulang daripada sekolah, beliau akan membantu ibu bapanya menoreh getah. Semuanya demi mengisi perut, tiada apa yang percuma ketika itu menurutnya.
Beliau tidak pernah masuk ke tadika. Beliau pernah juga ke sekolah tanpa memakai kasut, begitu juga dengan rakan beliau yang berbangsa Melayu dan Cina turut alami waktu sukar.
Tambahan beliau lagi, di kampung beliau ketika itu tiada seorang pun yang memiliki ijazah. Beliau yang sentiasa mengimpikan untuk menjadi seorang peguam juga tidak pernah melihat seorang peguam sebenar sehinggalah beliau berusia 20 tahun.
Sebelum bergelar seorang menteri, beliau merupakan seorang peguam kerana minat yang mendalam terhadap bidang ini terutamanya apabila mewakili golongan miskin dan buruh di dalam mahkamah walaupun beliau tahu upah yang diterimanya tidak setimpal dengan usahanya.
Beliau amat berpuas hati mewakili mereka walaupun tuntutan yang bakal beliau terima adalah sebanyak RM2,000 atau RM3,000. Menurut beliau, tiada peguam yang sanggup tanggung kes dengan tuntutan sedemikian kerana kes mahkamah buh dan mahkamah industri mengambil masa yang sangat lama.
Sebagai menteri, beliau akan memudahcarakan proses yang melibatkan mahkamah buruh dan mahkamah industri bagi membantu golongan yang memerlukan.
Sumber: MalayMail