
Seorang pramugari dilaporkan kehilangan kerja selepas menerima lamaran tunangnya ketika dia sedang bekerja. Menurut bekas majikannya, China Eastern Airlines menyifatkan yang dia telah meninggalkan tugas apabila menerima lamaran tunangnya.
Menurut laporan berita Channel 8, pemecatan pramugari tersebut berlaku kerana dia telah mengabaikan keselamatan para penumpang lain ketika sedang menerima lamaran.
China Eastern Airlines memberi keterangan bahawa kejadian itu berlaku ketika penerbangan sedang berlaku di udara lalu menyifatkan perkara ini suatu kecuaian bagi pihak pekerja kerana melepaskan tanggungjawab sekaligus membahayakan keselamatan penumpang.
Menurut laporan Asia One, netizen di China mempunyai perbezaan pendapat terhadap kes ini. Ada yang menyifatkan tindakan syarikat penerbangan tidak berhati perut kerana terus memecat pramugari tersebut atas kesilapan kecil. Ada juga yang menyokong tindakan China Eastern Airlines kerana pekerja tidak sepatutnya melaksanakan aktiviti peribadi ketika sedang berkhidamat.
Untuk mereka yang belum pernah menonton bagaimana pramugari ini dilamar, jom tonton video di bawah.
Sumber: Business Insider