
Doktor di selatan China berjaya mengeluarkan cacing pita sepanjang 10cm yang hidup di dalam otak seorang penggemar makanan yang dipanggang.
Parasit ini telah ditemui oleh pakar di hospital Nanchang, daerah Jiangxi apabila doktor tempatan tidak dapat memberi sebarang rawatan kepada lelaki berusia 26 tahun yang mengalami epilepsi baru-baru ini.
Pesakit lelaki yang dikenali dengan nama Liu ini telah dirawat oleh Dr Wang Chunliang dan mengatakan bahawa ujian darah Liu menunjukkan kehadiran Spirometra mansoni, sejenis cacing pita di bahagian otaknya. Ketika doktor mengeluarkan cacing tersebut, ia masih hidup, dalam keadaan yang seperti spring, putih dan mampu berenang.
Menurut laporan Jiangnan City Daily, makhluk tersebut dipercayai berada di dalam otak Liu akibat daripada sumber makanan yang tercemar atau kurang masak yang beliau hadam.

Liu merupakan seorang penggemar makanan yang dipanggang. Beliau berkata yang beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga beberapa bulan ini, beliau sering menerima serangan epilepsi.
Presiden Shanghai Neuromedical Centre, Guo Hui berkata kes ini sering berlaku di kawasan yang mempunyai bekalan air yang tidak sihat ataupun kepada mereka yang sering memakan makan yang tidak dimasak atau separuh masak terhadap daging dan makanan laut.

Apabila cacing atau telurnya tidak dihapuskan dengan pemasakan yang sempurna, ia mampu bergerak kedalam salur darah lalu singgah di organ badan seperti otak ataupun paru-paru.
Otak merupakan organ manusia yang menerima hampir suku kandungan darah dalam badan menjadikan ia lokasi yang paling sesuai untuk cacing ini berada di sini berbanding organ-organ lain. Apabila berada di otak, cacing mampu membiak lalu merosakkan fungsi otak lalu membawa kepada simptom seperti pening kepala, loya dan mual, pendarahan di dalam salur darah dan juga epilepsi.
Tidak salah untuk menikmati makanan panggang sekali sekala. Namun, pastikan ianya adalah dari sumber yang benar-benar bersih.
Sumber: South China Morning Post