Guna Nama ‘Roti Canai Janda’, Gerai Wanita Ini Tak Putus Pelanggan

Rosmaria Rosdi, 33 yang merupakan seorang ibu tunggal telah memperkenalkan roti canai janda menjadi tular terutamanya di kawasan sekitar Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Asbab penggunaan jenama yang digunakan iaitu ‘janda’, rezekinya datang mencurah-curah kerana gerainya di PKT tendong terus dibanjiri pelanggan.

Rosmaria menggunakan gelaran tersebut setelah dicadangkan oleh sahabatnya yang bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu tunggal kepada tiga orang anak.

Beliau tidak kisah dengan kata-kata orang kerana tahu apa yang dilakukannya adalah demi mencari rezeki membesarkan anak-anaknya yang masih kecil.

Roti canai yang disediakannya dijual pada harga RM1 untuk sekeping dan dihidangkan bersama kuah kacang dal atau kari. Selain itu, roti canai telur, bawang dan beberapa lagi jenis roti turut dijual.

Menurut Rosmaria, beliau mula berniaga roti canai sejak tahun 2000 dengan belajar teknik menebar roti daripada bapanya.

Sumber: Sinar Harian