Dego Ride, Aplikasi E-Hailing Motosikal Kembali

Berita baik bagi pengguna jalan raya, perkhidmatan pengangkutan awam teksi motosikal, Dego Ride telah menyambung semula perkhidmatannya.

Mengikut kata pengasas Dego Ride, Nabil Faizal Bamadhaj, ia telah mula beroperasi semula awal September 2018 dalam skala kecil di sekitar Lembah Klang.

Sebelum ini, perkhidmatan Dego Ride telah dikenalkan pada November 2017 dengan kadar tambang RM2.50 untuk perjalanan sejauh 3km serta tambahan RM0.60 untuk 1km berikutnya.

Tambang terkini bagi perkhidmatan Dego Ride adalah pada kadar RM3 untuk perjalanan sejauh 3km.

Walaupun bermula semula secara kecil-kecilan, perkhidmatan Dego Ride mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Ia merupakan alternatif yang amat sesuai untuk mengharungi kesesakan lalulintas di bandar serta harga parkir kereta yang amat tinggi dengan kadar caj yang lebih murah,

Buat masa ini terdapat seramai 30 orang penunggang motosikal yang menawarkan perkhidamat ini di Lembah Klang.

Untuk rekod, pada 12 Februari lalu, bekas Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik perkhidmatan Dego Ride sekiranya meneruskan servis mereka.

Ini merupakan inisiatif yang bagus bagi penduduk Lembah Klang. Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan Dego Ride, boleh muat turun di sini.

Oh ya, berita baik bagi mereka yang ingin berdaftar sebagai penunggang motosikal Dego Ride, mereka sedang merekrut bagi memenuhi permintaan terkini. Untuk mendaftarkan diri, boleh layari laman sesawang mereka di sini atau terus ke Facebook Rasmi Dego Ride.

Sumber: Free Malaysia Today