Calpis Perkenal Perisa Terbaru Fiber Laici

Karupisu yang lebih dikenali sebagai Calpis merupakan susu kaltur pertama dari Jepun yang sangat popular hingga mampu berkembng dalam tempoh yang singkat di Malaysia. Pengeluaran perisa yang berbeza-beza dengan rasanya yang lazat tanpa sebarang tandingan menambahkan lagi tarikan penggunananya.

Minuman susu kaltur ini mengandungi khasiat serat diet yang tinggi dan mengandungi kandungan gula yang rendah. Ternyata, ia amat baik terhadap sistem penghadaman yang sesuai kepada semua peringkat umur.

Terbaru, Calpis telah memperkenalkan perisa Calpis Fiber Laici yang diperkaya dengan ‘Polydextrose’, dimana ianya merupakan sejenis serat diet untuk membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan juga mengekalkan microflora usus yang baik.

Perisa Fiber Laici ini merupakan satu hasil usaha inovatif bagi memastikan rakyat Malaysia faham akan kepentingan menggandakan kebaikan dari dalam saluran pencernaan dalaman serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

calpis laici

Bersempena dengan pelancaran perisa Calpis Fiber Laici, Calpis telah menganjurkan peraduan ‘Calpis Fibre Up & Win’ yang telah bermula daripada 1 oktober hingga 31 oktober dengan ganjaran hadiah yang lumayan berbentuk wang tunai.

Peserta berpeluang memenangi peraduan ini dengan cara membeli sebotol Calpis Fiber Laici 350ml dan sebotol Calpis atau Calpis Fiber 350ml dengan beraneka perisa dalam satu resit di mana-mana cawangan yang turut serta mengambil bahagian.

Sebarang maklumat resit dan juga butiran peribadi boleh dihantar hanya melalui SMS. Sebagai bukti pembelian, resit asal pembelian perlu disimpan.

Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan peraduan yang dianjurkan Calpis, boleh layari laman Web Etika di www.etikaholdings.com/contest-and-promotions.

Sumber: Sinar Harian