
Bila bercakap tentang bercuti, ramai yang lebih suka buat perancangan awal supaya percutian lebih lancar dan teratur.Bukan suatu yang mudah bila hendak bercuti terutama jika percutian bersama ahli keluarga yang besar. Perkara utama yang perlu di ambil kira adalah komitmen kerja di mana masing-masing perlu membuat permohonan cuti lebih awal supaya mudah untuk diluluskan. Percutian saat akhir adalah percutian yang pasti akan dielakkan.
Namun, bagaimana pula jika anda perlu melalui percutian saat akhir? Tiada sebarang persiapan yang dibuat. Beberapa tips dapat membantu sekiranya berhadapan situasi sebegini.
1. Rancang perjalanan
Oleh kerana ianya merupakan percutian saat akhir maka focus perlu diberikan terhadap perjalanan yang ditempuh. Sebaiknya, pilih waktu yang sesuai untuk bergerak dan elak kesesakan. Kebiasaannya, gerak pada waktu malam ataupun selepas subuh.
2. Pilihan aktiviti
Biasa berlaku apabila apabila melibatkan percutian saat akhir, aktiviti yang ingin dilakukan juga terhad kerana aktiviti perlu membuat dibuat temphan awal. Aktiviti berkelah di tepi pantai adalah salah satu aktiviti terbaik untuk percutin saat akhir.
3. Pilihan tempat tinggal
Sangat sukar apabila percutian saat akhir berlaku ketika musim cuti persekolahan. Tempat penginapan seperti hotel, chalet dan resort telah penuh. Ramai yang telah membuat tempahan awal. Jika masih terdapat kekosongan, ianya pasti menelan kos yang tinggi untuk semalam. Pilihan terbaik dan berbaloi adalah dengan menyewa homestay. Selain memberikan ruang yang luas untuk didiami malah ianya juga memberikan keselesaan.