
MyCar muncul sebagai pencabar baharu dalam industri e-panggilan di Malaysia yang sudah beroperasi sejak 1 Februari 2018. Berdasarkan pencapaian yang diperoleh syarikat itu, MyCar mahu melebarkan lagi perkhidmatan mereka di Sabah.

Ia berikutan Sabah merupakan negeri kedua terbanyak menggunakan perkhidmatan MyCar selepas Lembah Klang iaitu sebanyak 40,000 pendaftar direkodkan sejak syarikat itu dilancarkan.
Sebagai e-panggilan yang terbesar selepas GrabCar, MyCar berpotensi untuk mengembangkan perkhidmatannya di Negeri Di Bawah Bayu itu. Usaha ini digiatkan dengan mempromosikannya pada papan iklan sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Keningau dan Tenom.
Menurut pengasas MyCar, Mohd Noah mahu MyCar dikenali dan menjadi pilihan rakyat Sabah disamping memperluas perkhidmatannya ke semua jalan raya dan bukan sahaja memfokuskannya di bandar besar.
Menerusi perluasan perkhidmatan di negeri itu, MyCar merancang untuk menubuhkan pejabat operasi di Kota Kinabalu menjelang akhir tahun ini.

MyCar juga menjelaskan bahawa mereka tidak mahu mencantas perkhidmatan teksi di sana tetapi ingin menjadikannya sebagai produk pelancongan dan mahu mengusulkannya kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Tetapi usah risau, pemandu teksi juga boleh menyertai MyCar melalui aplikasi MyCar Cab.
Syabas kepada MyCar kerana semakin mendapat tempat sebagai perkhidmatan e-panggilan terbaik rakyat Malaysia!
Sumber: New Straits Times