Perang Makanan Malaysia-Singapura Semakin Panas

Perang makanan antara Malaysia-Singapura semakin panas apabila satu laman web Singapura, Rice menyatakan bahawa mereka lebih berhak untuk mendapatkan hak budaya penjaja tempatan kerana ‘punya banyak wang daripada Malaysia’. Mereka tidak menolak bahawa makanan Malaysia lebih murah, sedap dan kaya berbanding Singapura, namun tiada siapa yang peduli mengenai hal tersebut.

Bidaan Warisan Singapura

BACA: Nasi Lemak, Nasi Ayam Dan Kari Laksa Bakal Jadi Milik Singapura?

Rice tetap menegaskan bahawa budaya penjaja tempatan masih milik Singapura hanya kerana mereka lebih kaya dari Malaysia! Rakyat Malaysia dikatakan lebih pandai memasak namun tidak di bahagian pemasaran, berbanding Singapura. Beliau terlihat angkuh dalam penulisannya dengan kenyataan-kenyataan yang seakan menghina keadaan ekonomi Malaysia pada masa kini.

Bidaan Warisan Singapura
Sumber: AWOL

Singapura dikatakan lebih mampu untuk memberitahu dunia bahawa mereka miliki budaya penjaja tempatan dengan melakukan promosi tanpa risau mengenai soal duit. Mereka seolah-olah menyalahkan penulis-penulis Malaysia supaya sedar apabila berkaitan makanan, rasa, asal usul dan sejarah tidaklah penting.

Makanan bukan sahaja dinilai pada tekstur dan rasa sahaja tetapi perkara yang paling penting ialah kekuasaan dan pemilikan empayar yang mana akan berkait rapat dengan ekonomi untuk tujuan pemasaran. Katanya lagi, kerajaan Singapura yang lebih teratur dan berduit akan mampu membawa budaya penjaja tempatan ke negara-negara luar berkuasa seperti New York, London dan Brussels.

Bagi kami di MakanLena, jika benar Singapura merasakan suara mereka lebih berpengaruh daripada Malaysia, wajarlah diteruskan penuntutan hak untuk budaya penjaja tempatan sahaja. Namun sekiranya bidaan ini termasuk menu makanan, ia seharusnya dimilikan bersama Malaysia.

Jika anda ada pendapat mengenai perang Malaysia-Singapura ini, bolehlah kongsikan bersama kami di ruangan komen Facebook MakanLena.

Sumber: The Star Online