
Syarikat penerbangan Air India terpaksa menghadapi kemarahan penumpang apabila berlaku kelewatan waktu penerbangan pesawat. Kelewatan ini berlaku apabila hampir 400 kakitangan mereka mogok di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai disebabkan keengganan Air India membayar bonus Deepavali.

Banyak perkhidmatan yang tergendala akibat daripada mogok tersebut, antaranya di kaunter check-in dan bagasi sehingga menyebabkan anak syarikat Air India terpaksa masuk campur membantu urusan tersebut. Beberapa penerbangan juga terpaksa ditangguhkan dan pihak Air India sedaya upaya mengendalikan masalah kelewatan dan gangguan tersebut.
BACA: Makanan SIhat Sambut Deepavali
Apa yang berlaku pada syarikat Air India ini perlulah menjadi pengajaran kepada semua syarikat yang terlalu berkira untuk memberikan bonus perayaan buat pekerja mereka. Lepas ini, jangan mengelat untuk bayar bonus pekerja. Nanti sendiri rugi!
Sumber: Malaysia Kini