
Aiskrim yogurt (froyo) jenama llaollao semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Kini, hampir semua cawangan llaollao ada di pusat membeli-belah yang menjadikan ia salah satu makanan mesti beli.
Bersempena tarikh 11.11, llaollao mengadakan promosi untuk semua jenis menu berharga RM11. Promosi ini juga sempena menyambut ulangtahun ketiga llaollao di Malaysia.

Ini respon netizen yang dikongsikan di laman Twitter sempena promosi aiskrim yogurt popular di Malaysia.
Kegigihan rakyat Malaysia di cawangan IOI City Mall Putrajaya sanggup beratur panjang!
y’all punya effort 💯 pic.twitter.com/7xcplYj865
— shimayahya (@shmyhya) November 11, 2018
Begitu juga di Aman Central,
Me on 11.11.18 demi llao llao pic.twitter.com/AxszJy0jDh
— Rafael (@iamaserafu) November 11, 2018
Demi promo RM11, lautan manusia sanggup diredah.
Tengok orang line up panjang giler. Nak beli mende korang ni. Sekali llaollao rupanya. At Melawati Mall now. Bertabah mereka berbaris bcoz of promo 11.11 ni 😅
— 🌺ماور 🇲🇾 (@meika_tokiku) November 11, 2018
Walaupun promo RM11 untuk semua saiz, saudari ini menunjukkan cara-cara mendapatkan aiskrim yogurt ini dengan hanya RM10! Inilah dikatakan pembeli bijak.
https://twitter.com/_amelianatasya/status/1061592140726169602
Hari yang paling diingati sepanjang hidup katanya.
https://twitter.com/twinkleain/status/1061668895864479747
Tarik 11.11 juga merupakan tarikh “singles’ day” bagi meraikan golongan yang masih bujang. Penangan promosi ini, ramai juga golongan bujang ya?
https://twitter.com/lynamzln/status/1061601215891402752
Selain llaollao, Starbucks dan Chatime juga adakan promosi sempena tarikh 11.11. Cuma penangannya tidak sehebat llaollao.
Apapun, rakyat Malaysia sememangnya tidak akan lepaskan peluang apabila terdapat promosi sesuatu produk. Adakah anda salah seorang daripadanya?