
Siasatan untuk mencari punca nahas berdarah Lion Air model 737 MAX-8 yang mengorbankan kesemua 189 anak kapal mengalami kesukaran untuk bertindak pantas ke atas petunjuk-petunjuk penting disebabkan lokasinya di kawasan perairan. Boeing telah mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan bahawa keadaan pesawat yang bermasalah menyebabkan punca nahas ini terjadi.
Masalah kawalan pesawat berfokuskan kepada pemberian maklumat yang salah kepada penaik (elevators), bahagian penstabil mendatar (horizontal stabilizer) yang menentukan sama ada muncung pesawat turun atau naik. Dalam hal ini, penaik diberitahu bahawa muncung pesawat sedang menaik sedangkan yang berlaku adalah sebaliknya, sebelum ia menjunam laju menuju kawasan perairan dan menyebabkan badan pesawat hancur seakan dibom!
BACA: Simulasi Jatuhnya Pesawat Lion Air

Nahas ini berkemungkinan disebabkan oleh kesilapan perisian yang tidak dapat dikesan daripada sebelumnya sehinggalah kejadian nahas ini berlaku. Pesawat model ini merupakan pesawat paling maju dihasilkan oleh pakar avionik US dengan paparan sistem data pada dua monitor berwarna yang besar; sekali pandang memang terlihat canggih.

Pihak berkenaan yang berfungsi menguji pesawat untuk kegunaan awam telah membuktikan bahawa model ini kurang cekap kawalan terbangnya dan peralatan elektronik avionik yang tidak bersepadu. Sistem Boeing memberikan kuasa sepenuhnya kepada kapten kapal untuk mengawal pesawat berbeza dengan Airbus yang menghadkan pergerakan kawalan ini (arahan digunakan secara elektronik) sebenarnya merupakan salah satu daripada punca nahas berlaku.
Bukti muktamad kesalahan teknikal yang belum lagi dikenal pasti menjadi tanda tanya dunia. Dan yang paling dibimbangkan ialah kesalahan tersebut berkemungkinan telah diperkenalkan ke dalam sistem jet sebagai salah satu peningkatan teknologi kokpit sehingga memberikan maklumat yang mengelirukan kepada kapten kapal.

Kemajuan teknikal menjadikan penerbangan lebih selamat, namun masih tiada lagi langkah segera yang diambil untuk menangani cabaran membaik pulih jet yang hilang di kawasan perairan, dan ini merupakan kelemahan ketara dalam keselamatan penerbangan.
Walaupun cuma tenggelam 9 batu dari garisan pantai dan 100 kaki dari paras air, bahagian penting bangkai pesawat masih sukar dijumpai sehingga menyebabkan kematian seorang penyelam dalam operasi tersebut. Siasatan cepat membolehkan dua instrumen penting, iaitu kotak hitam dan rakaman suara kokpit yang mengandungi punca kemalangan mampu mengelakkan kejadian seperti ini berulang.
BACA: Selepas Nahas Berdarah, Lion Air Cetus Kontrovesi Terlibat Kemalangan Lagi
Terdapat dua peranti yang berfungsi untuk menghantar lokasi kemalangan secara automatik, iaitu Pemancar Pelokasi Kecemasan atau Emergency Locator Transmitters (ELT) dan perangkat suar penentu lokasi atau Emergency Locator Beacon Aircraft (ELBA). Dalam kes nahas Lion Air ini, tiada maklumat yang diterima daripada ELT dan isyarat ELBA hanya boleh didapati dari perakam suara kokpit.
Namun data ini masih tidak cukup untuk membawa ke arah lokasi yang sebenar. Pengesahan pertama lokasi adalah menerusi serpihan yang terapung di permukaan air; sudah dibawa jauh dari lokasi sebenar. Kotak hitam yang ditemui 13,000 kaki di kawasan dasar laut juga tidak membawa berita gembira yang mana badan pesawat tidak berada dalam jangkauan berdekatan.
Pakar-pakar penerbangan berpendapat pesawat komersial perlu mengikuti amalan jet tentera yang mempunyai fungsi ELT yang boleh mengesan secara automatik apabila berlaku kes kemalangan, supaya memudahkan kerja untuk mendapatkan bukti dan memberikan bantuan menyelamat.
Apa kata anda mengenai isu ini?
Sumber: The Daily Beast