Tip Beli Dan Simpan Bawang Putih

Tidak lengkap rasanya hidangan masakan jika tidak dicampurkan dengan bawang putih. Bertindak sebagai penambah rasa, bawang putih juga boleh mencegah beberapa penyakit antaranya ialah mengawal kadar kolestrol, masalah pencernaan dan tekanan darah tinggi.

Namun masalah yang sering dihadapi oleh suri rumah ialah, bagaimana mahu menyimpan dan mengetahui jika bawang putih yang dibeli itu baik dan segar? Di sini kami kongsikan beberapa tip untuk pilihan bawang putihdaripada Pegawai Penyelidik Pusat Tang, Penyelidikan Perubatan Herba di Universiti Chicago, Dr Bharat B Aggarwal:

1. Cari labu yang segar

Labu bawang putih yang segar ada dalam pelbagai saiz. Satu labu terkandung kira-kira 12 ulas bawang putih. Untuk tahu bawang putih itu segar atau tidak, anda pilih ulas yang berisi, kering dan tidak berkupas kulitnya.

2. Variasi jenis bawang putih

Anda boleh pilih mahukan bawang putih dalam bentuk yang mana; disimpan dalam air, sudah dihancurkan atau dari bentuk serbuk.

Bawang Putih
Sumber: Serious Eats

3. Simpan di tempat yang sejuk

Bawang putih yang terdedah kepada cahaya akan cepat rosak. Oleh itu, tempat penyimpanan bawang putih mestilah jauh daripada haba. Tetapi jika anda mahu simpan di dalam peti sejuk, perlulah di bahagian sejuk beku (akan mengubah sedikit rasa dan tekstur).

4. Simpan di dalam bekas kedap udara

Simpan bawang putih kering atau serbuknya di dalam bekas yang kedap udara di kawasan yang gelap dan sejuk. Bawang putih kering boleh disimpan sehingga tempoh masa setahun manakala dalam bentuk serbuk boleh mencapai beberapa tahun.

5. Potong tunas yang bercambah

Jika terlihat tunas hijau sudah mula bercambah daripada labu bawang putih, anda hendaklah memotongnya dengan cepat. Untuk rasa yang lebih segar, gunakan bahagian bawang yang berwarna putih sahaja.

Jadi selepas ini apabila anda ingin membeli bawang putih untuk digunakan dalam masakan, bolehlah gunakan tip-tip di atas ini.

Selamat memasak dengan bawang putih yang segar dan sihat.

Sumber: NDTV