Jarang kita melihat rancangan memasak oleh cef menggunakan sudip selain daripada kayu. Pernah terfikir mengapa mereka lebih gemar menggunakan sudip kayu berbanding sudip-sudip lain?
Sudip kayu adalah salah satu peralatan dapur terbaik untuk anda memasak. Ini antara sebab mengapa sudip kayu antara peralatan dapur yang terbaik.
1. Sudip kayu tahan lama berbanding yang lain kerana kuat dan kukuh. Baik untuk mengadun bahan masakan yang mempunyai kuantiti banyak dan padat. Selain itu, ia mampu untuk mengikis bahagian bawah kuali jadi apa sahaja yang dimasak tidak akan meninggalkan kesan calar pada kuali.

2. Tidak merosakkan alatan memasak anda seperti kuali, kuali leper dan periuk. Justeru, sudip kayu ialah pilihan terbaik untuk digunakan bersama terutama alatan memasak anti-lekat.
3. Satu lagi aspek penting daripada sudip kayu ialah tahan panas. Sudip kayu tidak mengalir haba seperti sudip besi dan tiada risiko. Dalam erti kata lain, anda tidak mudah terkena haba yang mengakibatkan tangan melecur dan tidak perlu bimbang untuk sudip anda mencair.
Menggunakan sudip kayu untuk membakar kek terutama fudge dan biskut rapuh adalah yang terbaik agar masakan lebih enak.
Namun, tidak semua perkara boleh menggunakan sudip kayu. Contohnya, untuk menggaul putih telur atau krim, alatan paling sesuai ialah menggunakan spatula silikon.
Cara menjaga sudip kayu supaya tahan lebih lama, sentiasa cuci sudip dengan tangan; jangan rendam dalam air atau bersihkannya menggunakan mesin basuh pinggan mangkuk.
Walaupun ia tahan lama, sudip kayu boleh retak dari semasa ke semasa jika biarkannya terdedah dengan haba untuk jangka masa panjang.
Masakan pun boleh jadi sedap guna sudip kayu ini.
Sumber: Eat This, Not That!