Sepanjang anda menjalani ibadat berpuasa pada bulan Ramadan, seharian menahan lapar dan dahaga, ada kalanya pasti berasa lesu walaupun sudah menjamah banyak ketika bersahur.
Ketika bersungkai, segala makanan hendak dijamah hingga penuh satu meja terhidang tetapi kesudahannya bukan semua makanan itu habis dimakan dan akhirnya menyebabkan pembaziran. Malah, makan berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan.
Apa yang kita perlu adalah kurangkan makan berlebihan dengan memilih makanan yang baik untuk kesihatan.

Berikut merupakan 7 makanan yang kita boleh amalkan sepanjang bulan Ramadan.
1. Kurma
Kandungan lemak sangat rendah, kaya dengan vitamin dan mineral serta sumber terbaik untuk serat makanan bagi memberi tenaga, lebih-lebih lagi ketika berpuasa. Jika anda tidak makan kurma, cuba mulakan dengan minum susu kurma yang dijual di pasar raya.
2. Delima
Kaya dengan vitamin A, C, E dan asid folik malah tiga kali ganda antioksida berbanding teh hijau serta sangat baik untuk pencernaan. Berbanding minum air manis bergula, lebih baik cuba buat jus delima untuk bersungkai.
3. Barli
Minuman paling sesuai untuk menyejukkan badan dan membantu mengawal kandungan glukosa dalam badan. Bagi pesakit diabetes, sangat sesuai untuk minum air barli, malah dikatakan penawar penyakit jantung dan buah pinggang.
4. Labu
Buah labu ini sangat sihat kerana kalori kurang, melambatkan kelaparan dan kandungan air sangat tinggi (94%), sekali gus mengurangkan hidrasi. Boleh gunakan buah labu dalam masakan seperti masak lemak labu, bening labu, pengat labu, cucur labu dan onde-onde labu.
5. Tembikai
Ada pelbagai jenis tembikai sama ada warna merah atau kuning. Ada juga rock melon atau tembikai wangi dan tembikai susu. Ia sumber serat dan kaya dengan air (90 peratus) dan bagus untuk yang berpuasa kerana membantu menghilangkan sakit perut dan gastrik.
6. Madu
Semua sedia maklum madu memang mempunyai pelbagai khasiat yang dibuktikan menerusi kajian saintifik. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.
Madu mengandungi flavonoid dan antioksida yang tinggi dan boleh bertindak sebagai pemanis semula jadi. Ia juga boleh menambahkan tenaga.
7. Daging kambing
Daging kambing sumber daging merah terbaik kerana paling rendah kandungan lemak tepu, tetapi tinggi kandungan lemak tidak tepu. Ia melancarkan pengaliran darah dan kandungan vitamin B12 di dalamnya memberi ketahanan kulit hasil tindak balas terhadap protein yang kena cahaya matahari.
Semua senarai makanan ini memang mudah dicari di pasar raya. Semoga dengan pengambilan makanan yang dicadangkan ini, bukan sahaja kekal sihat malah memberi tenaga untuk meneruskan ibadah puasa.
Sumber: Harian Metro
Dengar pesan Bane.
Bila Bane Berpuasa
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.