Resipi Koktel Susu Guna Buah-Buahan Segar

Berbuka dengan buahan segar memang nikmat. Tapi agak bosan juga kalau makan buahan segar begitu sahaja kan? Apa kata kita variasikan cara makan buah untuk menu bulan puasa ini. Senang sahaja.

Jom ikut resipi di bawah yang tular beberapa hari ini di media sosial.

Bahan- bahan:

*Satu tin susu sejat
*Setengah tin susu pekat
*Satu tin buah laici
*Satu biji buah naga
*Dua biji buah manga
*Cincau
*Ais

Resepi Koktel Buah

Cara penyediaan:

1. Bancuh susu pekat bersama dua cawan air panas.

2. Tambah dua cawan air biasa.

3. Campur semua bahan dan siap untuk dihidangkan.

Resepi Koktel Buah

Mudah sangat kan? Kalau rasa ada antara buah yang anda tidak gemar, boleh sahaja tukarkan kepada buah yang lain. Variasikan resipi ini mengikut citarasa anda.

Memang segar betul dapat air koktel buah bila berbuka. Selamat mencuba!

Sumber: Zaky Mat Ali

Bolehlah ajak kawan-kawan datang sini nanti.

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.