Apa yang terbayang di minda anda apabila bercakap mengenai pembahagian sempadan negara? Laut? Pagar dawai yang mempunyai arus elektrik?
Ya, memang ada sempadan negara yang dipisahkan dengan cara sebegitu, tapi ada beberapa sempadan negara yang dipisahkan dengan cara yang menarik.
1. Vatican City – Itali
Kedua buah negara ini dipisahkan dengan pintu masuk kepada bangunan St. Peter’s Square.
2. Austria – Slovenia Alpine
Dua buah negara ini hanya dipisahkan oleh kawasan pergunungan.
3. Finland – Sweden – Norway
Tenang sahaja sempadan negara ini.
4. Poland – Ukraine
Setiap tahun, masyarakat kawasan dari kedua buah negara ini akan mengadakan festival yang dipanggil ‘The Land Art Festival’ di sini.
5. Argentina – Brazil – Paraguay
Tiga buah negara ini hanya dipisahkan oleh sebatang sungai. Sempadan ini dinamakan sebagai The Triple Frontier.
6. Amerika Syarikat – Mexico
Tahukah anda United States dan Mexico dipisahkan dengan pagar besi sepanjang 2,000 batu? Di bahagian kanan adalah negara Mexico, di bahagian kiri adalah Amerika Syarikat.
7. Norway – Sweden
Pokok di sempadan antara dua buah negara ini dibuang sebagai tanda pemisahan antara Nirway dan Sweden. Laluan ini sering digunakan oleh pemandu motosikal salji.
8. Amerika Syarikat – Kanada
Sempadan negara Amerika Syarikat dan Kanada ini merupakan sempadan antarabangsa yang terpanjang di dunia dengan jarak lebih darioada 5,500 batu.
9. Spain – Portugal
Negara Spain dan Portugal dipisahkan oleh sebatang jalan yang sangat ringkas. Yang menambahkan istimewanya sempadan ini ialah dengan pembinaan meja yang membolehkan anda berehat dan berpiknik.
10. Netherlands – Belgium
Jika tersadung di Netherlands, anda terus masuk ke Belgium. Hanya dengan simbol tambah, kedua buah negara ini dibahagikan.
Banyak lagi sebenarnya negara yang dipisahkan dengan sempadan unik. Antara 10 sempadan di atas, mana yang pernah anda masuk?
Sumber: Mensxp
Boleh tunjuk skill hari raya nanti.
5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.