Jamie Oliver Isytihar Rangkaian Restoran Milik Beliau Muflis

Hampir 1,300 orang pekerja dianggarkan bakal menganggur setelah Chef James Oliver mengesahkan bahawa restorannya telah muflis dan akan diletakkan di bawah perlindungan pemiutang.

22 daripada 25 rangkaian restorannya di UK ditutup adalah disebabkan hutang yang semakin menggunung dan peningkatan pasaran beku dalam beberapa tahun ini.

Restoran Jamie Oliver Muflis

Walau bagaimanapun, cawangan restoran beliau di luar negara dan di Cornwall tidak terjejas.

Di UK, hanya tiga buah restoran akan meneruskan operasi tetapi dalam masa pendek termasuklah di Lapangan Terbang Gatwick.

Pada tahun lepas, cawangan rangkaian tersebut berjaya diselamatkan selepas beliau menyalurkan 13 juta pound pada saat-saat akhir.

Oliver yang popular dengan rancangan TV, The Naked Chef meluahkan rasa sedih beliau dalam satu hantaran kicauan di Twitter turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya dan perniagaannya selama ini.

Sumber: The New York Times

Cantik betul kawasan dalam muzium anime di Jepun.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.