Aplikasi e-dompet seperti Boost memang banyak menguntungkan pengguna kerana pengguna bukan sahaja boleh menikmati diskaun yang ditawarkan malah mendapat ganjaran menarik di situ.
Beli Satu Percuma Satu Minuman Tealive Dengan Aplikasi Boost!
Bagi pengguna Boost, anda boleh menikmati tawaran beli satu percuma satu minuman Tealive. Promosi ini hanya terhad bermula 26 Jun hingga 9 Julai 2019.
Cara-cara menebus promosi ini:
1. Pastikan ada aplikasi Boost.
2. Pergi ke pautan Do More > Vouchers > dan klik pada F&B untuk menebus baucar RM0 Tealive.
Tetapi, promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat seperti di bawah:
1. Pelanggan mesti menggunakan baucar Tealive RM0 melalui aplikasi Boost dan tunjukkan kod baucar di cawangan Tealive.
2. Beli 1 minuman pada harga normal dan guna Boost untuk tebus 1 lagi minuman percuma (untuk minuman berharga RM6.50 sahaja).
3. Terbuka kepada semua cawangan Tealive kecuali cawangan AEON Delica foodcourts, MaxValu dan MAPS).
4. Jika minuman percuma yang dipilih lebih pada harga RM6.50, pelanggan perlu membayar lebihan baki dengan aplikasi Boost.
5. Boleh tebus baucar sebanyak 2 kali sahaja.
6. Terhad pada 20,000 penebusan.