Minum Air Guna Pangsa Durian, Petua Mitos Atau Realiti Saintifik?

Musim durian memang sangat dinantikan penggemarnya. Disebabkan buah durian ini sifatnya ‘panas’, banyaklah petua-petua yang dikongsikan oleh generasi orang-orang terdahulu bagi mengurangkan rasa panas tersebut.

Antara yang paling popular ialah minum air dari pangsa durian.

Namun, sejauh mana teori ini dapat dibuktikan berkesan dan praktikal secara saintifik? Benar ke tidak ianya membantu mengurangkan panas?

Seorang doktor perubatan, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi petua ini mungkin ada benarnya. Kajian ini telah dilakukan oleh ramai saintis dan beliau sendiri bagi melihat sendiri apakah ianya benar.

Hasil daripada kajian ke atas beberapa jenis buah jelas membuktikan bahawa sebenarnya kulit buah mempunyai bahan khasiat yang tinggi khususnya pada kawasan ari buah.

bau durian

Beliau turut memberitahu kajian yang diterbitkan dalam Procedia Food Science 3 (2015) muka surat 255-261 ada menunjukkan bahawa kulit durian ini sebenarnya bersifat anti kencing manis.

Kaya dengan enzim semula jadi, seperti poligalakturonase yang terdiri daripada beberapa enzim yang melarutkan asid pektin dengan memutuskan ikatan glikosida melalui tindak balas hidrolisis.

Dengan hasil kajian itu, Dr. Zubaidi menyarankan selepas makan durian adalah elok jika meminum air menggunakan pangsa durian. Lebih elok lagi jika pangsa diasingkan dan direndam menggunakan air suam sebelum diminum airnya.

Selepas ini, bolehlah mencuba kaedah daripada Dr. Zubaidi ini. Selamat mencuba!

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Sedap ke dessert durian dekat IKEA tu?

Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.