Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menyimpan susu segar supaya tahan lama dan kekal dalam keadaan sama walaupun sudah beberapa hari berlalu.
Jawapannya, ialah simpan di dalam suhu sekitar 32 darjah Fahrenheit sehingga 39.2 darjah Fahrenheit. Dalam suhu tersebut, susu akan mengekalkan kesegarannya. Semakin panas suhu, semakin cepatlah ia kehilangan kesegarannya.
Tahukah anda, kawasan peti ais yang mana paling sesuai untuk menyimpan susu?
Kebiasaannya, ramai yang akan menggunakan ruangan di pintu peti ais untuk menyimpan susu. Kawasan pintu peti sejuk merupakan kawasan paling teruk untuk menyimpan susu kerana suhunya yang cenderung untuk berubah dan lebih terdedah kepada udara panas, terutamanya semasa dalam keadaan pintu ais yang terbuka.
Walaupun terdedah kepada udara panas dalam masa yang sekejap ianya tetap memberikan kesan kepada kesegaran susu. Tapi tahukah anda kawasan peti ais yang paling sejuk dan sesuai untuk penyimpanan susu adalah di bahagian belakang dan bawah dalam peti ais?
Susu yang dibekukan masih selamat, cuma semasa mahu mencairkannya, jangan letakkan di luar kawasan peti sejuk. Biarkan susu mencair di dalam kawasan peti sejuk dan jangan lupa goncang dahulu sebelum minum.
Untuk kesegaran maksimum dan kualiti, susu perlulah diminum dalam masa tujuh hari selepas dibuka. Sebelum dibuka, adalah lebih baik untuk anda ikuti tarikh yang dinyatakan pada bungkusan.
Jadi selepas ini, jangan simpan susu di kawasan pintu peti ais lagi. Simpan di bahagian belakang atau bawah di dalam kawasan peti ais.
Selamat mencuba dan mengekalkan kesegaran susu.
Sumber: Eat This, Not That!
Sedap ke dessert durian dekat IKEA tu?
Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.