Bali Akan Hantar ‘Begpackers’ Pulang Ke Kedutaan Mereka

Seakan sudah menjadi trend untuk rakyat negara berkulit putih mengemis di negara Asia bagi menampung dana mereka dalam menjelajah dunia. Semakin hari, golongan yang digelar sebagai begpackers ini semakin bertambah dan dilihat semakin ‘naik kepala’.

BACA: Wajarkah Tindakan ‘Backpackers’ Mengemis Demi Menampung Kos Perjalanan?

Perbuatan mereka bukan sahaja mencemarkan imej negara yang dilawati, tetapi juga membawa bahaya kepada rakyat tempatan. Saiz badan mereka yang agak besar jika dibandingkan dengan rakyat Asia membolehkan mereka bertindak lebih dominan.

Gusar dengan keadaan ini, pihak imigresen Bali telah memilih untuk mengambil tindakan menghantar semula ‘peminta sedekah’ ke kedutaan mereka jika ditangkap.

Setyo Budiwardoyo, salah seorang daripada Pejabat Imigresen Ngurah Rai memberitahu bahawa peningkatan pelancong asing telah meningkatkan jumlah masalah di Indonesia, terutamanya dari rakyat Australia, British dan Rusia.

Bali Hantar Begpackers Ke Kedutaan 1

Pada suatu ketika dahulu, kerajaan Indonesia pernah membantu pelancong asing yang benar-benar kehabisan wang dengan menyediakan makanan dan tempat tinggal, namun melihat keadaan sekarang lebih banyak pelancong asing yang berpura-pura ianya adalah tindakan yang lebih baik.

Di Malaysia, golongan ini tidak kurang banyaknya. Semoga perkara ini dilihat dengan lebih serius oleh pihak berkuasa Malaysia dan dapat menyediakan satu undang-undang berkenaan isu begpackers.

Sumber: Next Shark

Sedap ke dessert durian dekat IKEA tu? Kenalah cuba kalau nak tahu.

Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.