Jenama Air Sukahati Termasuk Dalam Senarai Minuman Tercemar Kuman Berbahaya

Singapura telah menghentikan import untuk produk air mineral dan minuman keluaran syarikat Malee Mineral Water berikutan daripada pengesanan ianya telah tercemar dengan kuman jenis Pseudomonas aeruginosa. Antara jenama terlibat ialah Rofina, Sukahati dan Still.

Singapore Food Agency (SFA) memberitahu dengan pengesanan itu maka import semua botol mineral dan minuman daripada pengilang tersebut akan diberhentikan dan tidak dibenarkan dengan serta merta.

12 Jun lalu, SFA memberitahu bahawa mereka mengesan bakteria yang sama dalam produk minuman jenama Starfresh oleh Radha Exports Pte Ltd semasa persampelan rutin produk tersebut.

Bakteria Pada Air Minuman

Bakteria Pseudomonas aeruginosamerupakan sejenis bakteria yang boleh didapati di dalam najis, tanah, air dan kumbahan serta boleh membiak dalam persekitaran air dan permukaan bahan organik yang bersesuaian dengan air.

Menurut SFA, penggunaan dan pengambilan produk yang tercemar dengan bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jangkitan kepada individu berimun rendah tetapi jarang menyebabkan penyakit serius pada individu sihat.

Sumber: Sinar Harian

Sedap ke dessert durian dekat IKEA tu? Kenalah cuba kalau nak tahu.

Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.