Flight delay atau kelewatan penerbangan adalah satu masalah yang mengganggu masa kita sebagai penumpang. Jika kelewatannya sekitar 30 minit, ianya masih boleh lagi dibawa berbincang. Tapi apa akan jadi kalau ditunda sehingga 24 jam?
Ramai yang merungut mengenai hal ini. Kelewatan penerbangan bukan sahaja telah merosakkan perancangan selepas mendarat ke destinasi, tetapi juga melibatkan kos kewangan ataupun kesihatan mental.
Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu jika sesebuah perjalanan itu ditunda. Antaranya:
1. Keselamatan
Rata-rata daripada pesawat penumpang menjalankan operasi menggunakan sistem fly by wire (FBW) yang dikawal secara manual oleh juruterbang. Sistem ini digunakan bagi memudahkan juruterbang serta jurutera untuk mencari punca kerosakan dan membaikinya.
Dengan penggunaan beberapa set komputer dan mikrocip, pesawat dapat dikawal dengan pengaktifan fungsi serentak.
2. Kru penerbangan
Setiap penerbangan akan dikawal oleh satu set kru penerbangan iaitu juruterbang dan pembantu juruterbang. Mereka berdua akan bertukar-tukar fungsi sebagai pengemudi pesawat dan penyokong pengemudi.
Penyokong pengemudi bukan sahaja menjadi pembantu juruterbang tetapi juga menjadi orang yang mengawal komunikasi radio, pengurusan penerbangan dan semakan senarai arahan sepanjang penerbangan.
Kedua mereka ini memerlukan penumpuan kepada penerbangan sebanyak 100%. Dengan penubuhan skim flight duty period (FDP) dan Flight Limitation Scheme (FTL), kru penerbangan tidak lagi bekerja melebihi had yang ditetapkan.
Sekiranya kru penerbangan didapati tidak mampu mengemudi pesawat, maka tempat mereka akan digantikan dengan kru baharu.

4. Cuaca
Punca inilah yang selalu berlaku apabila sesuatu penerbangan ditunda masa pelepasannya. Jika cuaca terlalu buruk dan bahaya, ianya menyebabkan kesukaran untuk pesawat lakukan pendaratan.
Oleh itu, pesawat akan didaratkan di kawasan lapangan terbang terdekat atau pun terpaksa dilencongkan untuk melalui laluan yang lebih selamat.
5. Aliran trafik dan ATC
Aliran trafik yang terlalu sibuk juga boleh menjadi punca kepada penangguhan penerbangan. Sebagai contoh, di KLIA terdapat tiga buah landasan yang berbentuk paralel.
Jadi apabila hanya satu sahaja landasan yang beroperasi, setiap pesawat perlu mengambil giliran untuk berlepas dan mendarat.
6. Faktor lain
Ada beberapa faktor lain yang menjadi punca penangguhan pelepasan pesawat. Sebagai contoh, penumpang masih lagi tidak memasuki perut pesawat, tetapi bagasinya sudah berada di kawasan kargo pesawat.
Maka, pengeluaran bagasi adalah perlu dengan cara petugas memeriksa satu per satu tag pada bagasi dalam memastikan bagasi yang betul dibawa keluar.
Ada juga kes-kes terpencil iaitu kelewatan yang disebabkan perlakuan penumpang yang agresif, merokok dalam pesawat, ugutan bom dan sebagainya.
Jadi apa peranan kita sebagai penumpang yang mengalami kelewatan pelepasan?
Jangan bertindak melulu dan sentiasa tenang. Sentiasa amalkan sikap rasional dan profesional. Jika boleh tanyakan pada mereka apa masalah yang dihadapi untuk anda tahu tentang letak duduk perkara sebenar.
Sumber: Jokai Crest
Sedap ke dessert durian dekat IKEA tu? Kenalah cuba kalau nak tahu.
Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.